Saturday, December 25, 2010

BISU?

Assalamualaikum..

ni first time saye tulis kat blog ni, tapi excited jugak..hehe.. hmm..

A few days back, saye kena pergi kursus asas kereta (sedang dalam proses belajar memandu). Pakcik dari sekolah memandu tu pick me up pagi2 ( da la bgn lambat! siape suruh tidur balik after Subuh!!! Astaghfirullah..). Nasib sempat jugak bersiap tapi tak sempat breakfast. takpelah kan..Pakcik tu bawak van, pastu sebab ade orang lain jugak die nak kena pick up, I have to seat at the back! Adoi ai.. saye ni memang senang mabuk jalan raya..haha..so memang pening betol la naik van pakcik tuh! Takpe2.. Bertahan2.. Pastu sampai la ke satu simpang ni. Saye ternampak seekor anjing berwarna putih bertompok oren tengah sedap landing tengah2 jalan simpang tu.. memang landing habis la menikmati udara pagi yang sangat nyaman..fiu3(bunyi angin sepoi2 bahasa).. Saye ingat pakcik tu nampak anjing kat depan tu..or orang yang duduk depan sekali akan beritahu pakcik..

Tapi, rupe2nye tidak..DUM..CRACK...lebih kurang camtula bunyinye setelah van milik pakcik sekolah memandu menghentam anjing yang sedang berehat2 itu..Ya Allah, rasa nak gugur jantung saye. mane taknye, I saw the dog!! BUT I KEPT QUITE, I THOUGHT SOMEONE ELSE can tell the pakcik..but no..until its too late.. I should have shouted to that pakcik! tak kisah la pakcik tu terperanjat pun.sebab mungkin anjing tu takkan cedera..

Lepas tu terdengar bunyi salakan yang sangat sedih sekali..memang bunyinye macam die tengah menangis..saye tak berani toleh belakang, tak sampai hati..rase nak nangis jugak..huwaaa..orang lain dalam van toleh, kate mereka, kaki anjing tu patah..anjing tu tak dapat bangun..sekelip mata je tau..huwaaaa....sedihnye..pastu,kawan anjing tu (anjing lain berdekatan yang berwarna hitam) menyalak kuat cuba menarik perhatian orang sekeliling. Tapi pakcik yang memandu tu meneruskan pemanduan. katenye, 'pakcik tak nampak..tengah tengok orang2 di bahu jalan..takpelah..ape boleh buat'.. sedih betol saye rase.. time tu memang menyesal amat sangat  tak bukak mulut, "warning" pakcik tu.. nak sedapkan hati mungkin boleh cakap, saya kan pening kepala naik van duduk seat belakang, or kan tak sempat breakfast, tak ada tenaga nak concentrate or ape2.. but those are just excuses.. I can actually, but i didn't.hmm

so, sepanjang perjalanan bersame pakcik.. saye berdebat dengan diri sendiri..kenape saye membisu?? walhal saye da nampak anjing tu kat depan..

hmm.. kalau difikirkan, macam tu jugak lah dalam kehidupan seharian kita..orang2 sekeliling kita, especially yang kita sayang, adakah kita akan membisu, biarkan mereka dalam keadaan tak "nampak" or "tak tahu"?sedangkan kita dah tahu arah tuju/ tujuan hidup kita? Adakah kita nak bergantung kepada orang lain jugak walaupun sebenarnya kita mampu?. Adakah kita akan tunggu sampai satu masa semuanya da terlambat?..

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.."

tapi, selagi kita masih bernafas, kita masih belum terlambat..

so, inilah luahan hati, pengubat rindu kepada sesiapa yang rasa kesunyian.. weehuuu

ok kawan2, saye sayang you all fillah, mari berusaha! buka mulut untuk amal ma'ruf nahi mungkar..

Sunday, December 19, 2010

Kisah Restoran Mahal


Suatu ketika, seorang alim pernah ditanya, "Apakah tuan tidak teringin untuk melakukan dosa?"

"Siapa yang tak teringin buat dosa? Boleh bermalas-malas ketika waktu solat sudah tiba, boleh berseronok dengan perempuan yang bukan hak milik kita, boleh makan tak kira halal haram asalkan sedap. Semua itu menyeronokkan," jawab orang alim itu.

"Kalau begitu, mengapa tuan menahan diri daripada semua keseronokan tersebut?"

"Perumpamaannya beginilah. Saya pergi ke sebuah restoran mahal, ternama, terkenal dan sedap. Nafsu saya meronta-ronta hendak makan semua makanan di situ. Ada ikan besar, udang besar, sotong besar, semunya besar. Tapi malangnya saya tak mampu nak bayar."

"Maksudnya?"

"Maksudnya, atas dunia ini kalau nak, saya boleh saja buat seberapa banyak dosa sesuka hati. Saya boleh saja berseronok setiap masa selagi dunia belum kiamat. Tapi saya bimbang saya tak mampu nak bayar harga semua dosa itu di akhirat nanti. Dengan apa saya nak bayar jika tak ada amalan?"

Maka fahamlah lelaki yang bertanya pada orang alim tersebut. Seboleh-bolehnya, sesiapa pun mahu hidup berseronok di atas dunia ini. Tetapi tiada siapa pun yang mampu membayangkan azab seksa di akhirat, akibat daripada segunung dosa ketika atas dunia...


"Sesiapa yang bertaqwa (dengan mengerjakan suruhan dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala yang menyusahkan) dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka" (At-Talaq:2-3)

Monday, November 29, 2010

cuti

Auckland semakin sunyi. 
Ada beberapa kerat orang je yang masih di bumi Auckland. Kebanyakkannya pulang ke kampung halaman, Malaysia tempat kelahiran..yuhuuu seronok la of course..bersama yang tersayangs, makanan yang heaven, tak perlu fikir assignments or exams, dan... macam-macam ada... ^__^


"Peliharalah Allah, nescaya engkau akan dapatiNya di hadapan engkau. Kenalilah Allah ketika senang, nescaya Dia akan mengenalimu di ketika susah. 
Ketahuilah bahawa apa-apa yang (ditakdirkan) tidak menimpamu, ia tidak akan menimpamu. Dan apa-apa yang menimpamu bukannya ia tersilap menimpamu. Ketahuilah bahawa kemenangan itu ada bersama kesabaran, terlepas dari kesempitan itu ada bersama kesusahan dan bersama kesusahan itu ada kesenangan."
 [Hadis 19]
 
Dalam suasana senang, tenang (dan apa jua perasaan yang ada), semoga kita tak lupa pada pencipta kita..yang bagi kita semua nikmat-nikmat yang tak terhitung dek jari yang ada...


Selamat bercuti semua..
Selamat menjaga HATI dan DIRI!

Sunday, November 14, 2010

Kepulangan Mereka.

بسم الله الرحمن الرحيم

http://www.emocutez.com
 
Minggu terakhir di sini sebelum pulang bercuti di tanah air. Satu demi satu permata Auckland sudah pulang [balik for good]. Kehilangan mereka kian terasa. Pilu dan jua resah menyelubungi diri memikirkan apa yang bakal berlaku tahun hadapan tanpa mereka. Harap mereka tinggalkan sedikit kekuatan mereka di sini untuk kami teruskan yang termampu. 

Banyak pesanan terakhir yang dititipkan sebagai peniup semangat untuk terus teguh dalam perjuangan ini. 

"Kalau awak nak melangkah tu, langkah je.. Jangan hirau apa orang kata. Kalau takde siapa yang mulakan, biar awak yang memulakannya dulu."

"Harap awak dapat jaga adik-adik tahun depan. Akak harapkan awak."

"Kalau awak tak buat, Allah akan gantikan dengan orang yang lebih baik lagi. Allah tak rugi apa-apa. Kita sendiri yang akan rugi. Tak mahu ke kita jadi antara orang yang berusaha membawa kepada kemenangan Islam?" 
Satu persoalan yang besar ditinggalkan di situ.

Hurmm...Semoga Allah memberi kekuatan kepada kami untuk meneruskan perjuangan akak-akak semua. Sesungguhnya kami hanyalah penyambung mata-mata rantai perjuangan, bukanlah pemulanya.

How I wish I could say...................

http://www.emocutez.com

Wednesday, November 10, 2010

selamat 'panjang umur'!


“Selamat pendek umur,” saya bergurau.
Sahabat saya agak tersentak, namun tetap senyum. Dia faham, saya hanya bergurau.
“Kenapa pula?” tanyanya. Dia kelihatan ceria. Hari ini ulang tahun hari kelahirannya. Saya meraikan dia dengan belanja makan di restoran berhampiran tempat kami bekerja.


“Yalah, bukankah tarikh mati telah Allah tetapkan di dalam rahim ibu lagi. Ertinya, semakin hari, semakin dekat langkah kita menuju ketetapan itu.” 


“Makna, semakin hari semakin pendeklah umur kita?” tingkahnya penuh pengertian.
“Ya, hari ini setapak lagi kita dekat dengan kematian.”
“Pelik, selalunya bila hari lahir orang bercakap tentang hidup. Tentang kejayaan. Tentang pencapaian. Sekarang kita bercakap tentang kematian pula.”
“Siapa yang tidak bercakap tentang mati akan ‘mati’,” balas saya.
“Kenapa pula?”
“Hukama berkata, sesiapa yang tidak tahu untuk apa dia akan mati, maka dia tidak layak hidup!”
“Untuk apa kita mati?”
“Untuk hidup,” kilas saya lagi, sekadar bermain kata, bersilat bahasa untuk meninggikan makna.
Dia diam. Menung dan alam fikirnya telah terusik barangkali.



“Mati untuk hidup?”
“Ya, mati bukanlah suatu pengakhiran tetapi hanya satu permulaan.”
“Satu permulaan? Maksud kau?”
“Mati adalah satu permulaan kepada hidup yang tidak mati-mati lagi – alam akhirat. Kau masih ingat kata-kata Umar Ibn Aziz yang aku sering ungkapkan dulu?”
“Hampir terlupa. Waktu di kampus dulu?”
“Umar berkata, manusia diciptakan untuk hidup selamanya. Hidup selepas mati itulah hidup yang hakiki!”
Terkesima dia. Jari-jarinya mula menepuk-nepuk meja. Perlahan. Tetapi saya yakin gerakan mindanya makin laju. Dia biasa begitu.



“Jadi, hidup ini untuk mati dan mati itu untuk hidup?”
Wah, saya pula yang terkejut mendengar liuk lentok bahasanya. Berputar-putar seputar maknanya.
“Ya. Hidup di sini, di dunia ini, adalah tanaman untuk tuaian pada hidup di sana, di akhirat. Itulah tujuan hidup yang fana ini, demi kelangsungan hidup yang baqa itu.”


“Jika demikian apa ada pada umur?”
“Umur hanyalah putaran suria, purnama dan buana yang dilakarkan oleh jarum jam, minit dan saat sebuah arloji,” balas saya. Seronok sekali sekala, berbual dengan bahasa berbunga di sulam kosa kata yang berputik dan berbuah...



“Ah, surah al-Baqarah menukilkan seorang yang mati di jalan Allah hakikatnya terus hidup. Syuhada mendapat pahala dan kurnia berterusan daripada Allah. Jadi, satu petua lagi untuk panjang umur ialah mati syahid,” ujar saya mengalih arus perbualan.



“Benarlah kata ahli sejarah, para sahabat Rasulullah itu hidup kerana mereka mencintai mati. Dan generasi hari ini ‘mati’ kerana terlalu mencintai hidup.” 



“Wah, terlalu panjang perbualan kita petang ini. Apa pun aku ingin mengucapkan ‘selamat panjang umur’ sempena hari lahir kau yang ke-40 tahun hari ini,” pintas saya sambil bangun. Jam telah menunjukkan pukul 6 petang. Hari semakin pendek.



“Eh, tadi kau kata ‘selamat pendek umur’, sekarang dah bertukar balik seperti ucapan biasa yang aku dengar, selamat panjang umur?” dia bertanya hairan.



“Eh, kau lupa agaknya. Maksud ‘panjang umur’ku berbeza daripada biasa. Maksudku, selamat menambah ilmu, selamat menambah amal, selamat mengeratkan silaturahim, selamat menambahkan sedekah, selamat menambahkan rasa takut kepada Allah. Iulah maksud selamat panjang umur!” 

*To Kak Sarah, may Allah bless you dunia akhirat, HAPPY BIRTHDAY! :)

Sunday, November 7, 2010

::Iman seekor semut::


Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: "Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu?"

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku". 

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku! Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah". 

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

Itulah Iman Semut!!

IMAN kita bagaimana? sedang SEMUT pun faham..kan?
comel je cik2 semut :)


Astagfirullah...astagfirullah..

Saturday, October 30, 2010

Yang Manakah kita?

Assalamualaikum wbt
Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan menanyakan mengapa hidup ini terasa begitu 
sukar dan menyakitkan baginya. Ia tidak tahu bagaimana menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehidupan. Dia sudah letih untuk berjuang. Baginya, setiap kali satu masalah selesai, timbul masalah baru.
 

Ayahnya, seorang tukang masak, membawanya ke dapur. Dia mengisi 3 periuk dengan air dan meletakkannya di atas api. Setelah air di dalam ketiga-tiga periuk tersebut mendidih, dia menaruh lobak merah di dalam periuk pertama, telur di dalam periuk kedua dan dia menaruh serbuk kopi di periuk terakhir. Ia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar, memikirkan apa yang sedang dikerjakan oleh ayahnya. 

Setelah 20 minit, si ayah mematikan api. Ia menyisihkan lobak dan menaruhnya dimangkuk, mengangkat telur dan meletakkannya di mangkuk yang lain, dan menuangkan kopi di mangkuk lainnya. Lalu ia bertanya kepada anaknya, "Apa yang kau lihat, nak?"
 "Lobak, telur, dan kopi" jawab si anak. 

Ayahnya mengajaknya mendekati mangkuk dan memintanya makan lobak itu. Ia melakukannya dan merasakan bahawa lobak itu terasa enak. Ayahnya lalu memintanya mengambil telur dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, ia mendapati sebuah telur rebus yang mengeras. Terakhir, ayahnya memintanya untuk minum kopi. Ia tersenyum ketika menghirup kopi dengan aromanya yang harum semerbak. 

Setelah itu, si anak bertanya, "Apa erti semua ini, Ayah?"

Ayahnya menerangkan bahawa ketiganya telah menghadapi kesulitan yang sama, perebusan, tetapi masing-masing menunjukkan hasil yang berbeza. Lobak sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan lunak. Telur sebelumnya mudah pecah. Cangkerang tipisnya melindungi isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras. Serbuk kopi mengalami perubahan yang unik. Setelah berada di dalam rebusan air, serbuk kopi merubah air tersebut.
 

"Kamu termasuk yang mana?" tanya ayahnya. "Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui. Ketika kesukaran dan kesulitan mendatangimu, bagaimana kau menghadapinya? Apakah kamu lobak, telur atau kopi?"
 

Bagaimana dengan KITA?
 

Apakah kita adalah lobak yang kelihatannya keras, tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, kita menyerah, menjadi lembut dan kehilangan kekuatanmu.
 

Atau... Apakah kita adalah telur, yang awalnya memiliki hati lembut, dengan jiwa yang dinamis? Namun setelah adanya ujian, patah hati atau kegagalan menjadikan kita keras dan kaku. Dari luar kelihatan sama, tetapi apakah kita menjadi pahit dan keras dengan jiwa dan hati yang kaku?
 

Ataukah kita adalah serbuk kopi? Serbuk kopi merubah air panas, sesuatu yang menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasanya yang maksimum pada bersuhu 100 darjah Celcius. Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi terasa semakin nikmat. Jika kita seperti serbuk kopi, ketika keadaan sekeliling menjadi semakin buruk, kita akan menjadi semakin baik dan membuat keadaan di sekitar kita juga menjadi semakin baik.

Yang manakah kita,ya??

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami, dan beri Penolong kami oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".
(Al baqarah 286)