Sunday, November 14, 2010

Kepulangan Mereka.

بسم الله الرحمن الرحيم

http://www.emocutez.com
 
Minggu terakhir di sini sebelum pulang bercuti di tanah air. Satu demi satu permata Auckland sudah pulang [balik for good]. Kehilangan mereka kian terasa. Pilu dan jua resah menyelubungi diri memikirkan apa yang bakal berlaku tahun hadapan tanpa mereka. Harap mereka tinggalkan sedikit kekuatan mereka di sini untuk kami teruskan yang termampu. 

Banyak pesanan terakhir yang dititipkan sebagai peniup semangat untuk terus teguh dalam perjuangan ini. 

"Kalau awak nak melangkah tu, langkah je.. Jangan hirau apa orang kata. Kalau takde siapa yang mulakan, biar awak yang memulakannya dulu."

"Harap awak dapat jaga adik-adik tahun depan. Akak harapkan awak."

"Kalau awak tak buat, Allah akan gantikan dengan orang yang lebih baik lagi. Allah tak rugi apa-apa. Kita sendiri yang akan rugi. Tak mahu ke kita jadi antara orang yang berusaha membawa kepada kemenangan Islam?" 
Satu persoalan yang besar ditinggalkan di situ.

Hurmm...Semoga Allah memberi kekuatan kepada kami untuk meneruskan perjuangan akak-akak semua. Sesungguhnya kami hanyalah penyambung mata-mata rantai perjuangan, bukanlah pemulanya.

How I wish I could say...................

http://www.emocutez.com

2 comments:

akak said...

moga adik-adik meneruskan sunnah nabi ini...sunnah yg terbesar yg ditinggalkan nabi utk kita pikul sama ada mahu atau tidak..maka agama ini adalah amanah bukan hak milik.yg hanya disimpan utk diri sendiri.
Islam itu bukan milik kita "seorang" tapi untuk seluruh umat manusia.letakkanlah perasaan "bersalah" andai di jalanan kita masih melihat mereka yg berjalan dgn suatu penyakit iaitu "tak mengenal Allah" sedang kita punya ubat utk merawat mereka.. kejamkan andai org itu tahu penyakit org lain n dia punya ubat yg paling mujarab utk merawatnya tapi dia hanya berdiam diri..sehingga org itu mungkin mati tanpa "diubati".

bergeraklah wahai adikku..jadilah daie yg lbh baik dr kami yg serba kurang ini... moga Allah sentiasa memandu hati2 kita..insyaAllah.

Anonymous said...

huu...rasa sebak pulak membaca entry ini.
if only you guys know how much i want to stay in auckland next year
utk kita bersama-sama menyentuh hati insan lain.... T__T
but Allah knows best!
adik2 mesti lebih hebat dr kakak!!!
doakan utk yg terbaik, dunia dan akhirat, ameen