Tuesday, August 31, 2010

1 day : 1000 months??


“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) itu pada malam al-Qadar. Apakah cara yang membolehkan engkau mengetahui kebesaran malam lailatulqadar itu? Lailatulqadar ialah malam yang lebih baik berbanding 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar.”

(Surah al-Qadr: 1-5)

Alhamdulillah..kita telah menempuhi 20 hari berpuasa, masih ada 10 hari baki untuk kita terus mencari keampunan Allah. Janganlah kita sia-siakan 10 hari terakhir yang ada, kerana:

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Carilah lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil daripada sepuluh malam terakhir di bulan Ramadan.”
Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 2017.

Sabda Rasulullah s.a.w :

“Carilah (lailatulqadar) pada sepuluh malam terakhir. Jika seseorang kamu lemah atau tidak mampu, janganlah dia kalah (putus asa) mencarinya pada baki tujuh malam terakhir.”
Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1165.


Aisyah r.a berkata:

“Rasulullah s.a.w bersungguh-sungguh beribadah pada sepuluh hari terakhir (bulan Ramadan) yang tidak pernah dilakukannya pada waktu yang lain.”
Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1174.

Aisyah r.a berkata:

“Rasulullah s.a.w bersungguh-sungguh melakukan ibadah pada sepuluh hari terakhir yang tidak pernah dilakukannya pada waktu lain.”
Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1174.

Selain dari itu, dianjurkan kan juga untuk berdoa sebagaimana dikhabarkan dari ‘Aishah r.a dia berkata:

Ya Rasulullah, apa pendapatmu apabila aku mendapati salah satu malam daripada Lailatul Qadar, apakah yang sepatutnya aku ucapkan. Rasulullah menjawab:
Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu’anni
(Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Yang Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihi untuk mengampun, maka ampunilah aku.
Hadis riwayat Imam Ibnu Majah di dalam Sunannya, no: 3840


 InsyaAllah mari kita sama-sama menghidupkan hari-hari 10 terakhir Ramadan tahun ini moga Allah menghadiahkan LailatulQadar buat semua. Marilah kita bersedia dengan sepenuh persediaan amalan ibadah untuk mendapatkan malam Al-Qadr. Rugilah mereka yang tidak mengejarnya untuk mendapat keberkatan, keampunan dan keredhaan Allah.

Wednesday, August 25, 2010

selalu dengar, tapi ......

alhamdulillah dah masuk day 14 dah ni! sudah dekatkah cintaNYA dengan kita? tepuk DADA tanya IMAN.

muraqabah. selalu dengar term ini, bukan?

tapi...sering lupa juga, bukan?

sering lupa bahawa ade yang maha MELIHAT setiap tingkah kita.

Dia tidak dapat dicapai oleh penglihatan mata, sedang Dia dapat Melihat segala penglihatan itu dan Dia-lah Yang Maha Halus Maha Teliti   [6:103]

tatkala rasa sendirian. tiada siapa disisi yang bisa memahami.

sering lupa bahawa selalu ada yang MAHA DEKAT dengan kita.

sering lupa bahawa selalu ada yang MAHA MENGETAHUI segala isi hati.

baik yang dilahirkan mahupun tidak.

Sungguh, Dia Maha Mengetahui segala isi hati   [67:13] 

semua resah, gelisah, gundah

ada DIA tahu segala

ada DIA yang menanti permohonan hambaNYA.

bermohonkah kita kepadaNYA?

sejauhmana DIA jadi tempat mengadu PERTAMA kita?

*on day 14. semoga bertambah cinta kepadaNYA. berusaha ye semua!

Hasad dengki

Hasad dengki memakan pahala amal kebaikan sepertimana api memakan kayu sedikit demi sedikit. Semoga pahala puasa kita tidak terhapus oleh hasad dengki dalam dada. Semoga puasa kita bukan hanya bertemankan lapar dan dahaga.




"Ya Allah, janganlah engkau jadikan puasa ini sebagai puasa terakhir dalam hidupku. Seandainya Engkau berketetapan sebaliknya, maka jadikanlah puasaku ini sebagai puasa yang dirahmati bukan yang hampa semata" Ameen Ya Rabb~




**************************************************
Ramadhan 13
"Whoever follows a path in the pursuit of knowledge, Allah will make a path to Paradise easy for him." (Al-Bukhari)


**************************************************

Ramadhan 14

Tuesday, August 24, 2010

Ramadhan




Ramadhan 8

“Allah will deprive usury of all blessing, but will give increase for deeds of charity: for He loves not creatures ungrateful and sinner.” 
(2: 276)



Ramadhan 9


What is worse than Death? Imam Ibn Al-Qayyim has said:
"Wasting time is worse than death, because death separates you from this world whereas wasting time separates you from Allah"



Ramadhan 10

Solat, or prayers in Islam is EXTREMELY, AWESOMELY important that it shapes a Muslim. It keeps us away from sins, as God has stated:
"Verily, the prayer keeps one from the great sins and evil deeds" (29:45)
And by praying, God erases sins too!

Ramadhan 11

"Indeed those who waste are the brothers of syaitan (devil). Verily syaitan was most ungrateful to his Rabb" (17:27).

Ramadhan 12

Change is something each person has to do himself.
"... Thus, God does not change the condition of any people unless they themselves make the decision to change..." (13:11)

Monday, August 23, 2010















Sunday, August 22, 2010

Jangan bertangguh bila bersemangat

....kerana semangat sesaat yang lepas sudah tidak sama dengan semangat sekarang. Sama-samalah kita merebut peluang yang Allah kurniakan. InsyaAllah =) 

Saturday, August 21, 2010

Wanita dan kayu bakaran api neraka??



Syarat untuk seorang wanita memasuki syurga :
1. menjaga solat
2. berpuasa
3. menjaga kemaluannya
4. mentaati suami.


Tetapi, wanita juga la yang paling ramai menjadi penghuni neraka;

Dalam hadis daripada Jabir bin Abdullah, katanya:

“Aku hadir bersama-sama Rasulullah mengerjakan sembahyang pada hari raya (selepas sembahyang dan berkhutbah). Baginda kemudian pergi (ke barisan belakang) hingga sampai ke tempat kaum perempuan. Lalu Baginda menasihati dan mengingatkan mereka, serta Baginda (menggalakkan mereka bersedekah), sabdanya:

(Bersedekahlah kamu kerana sesungguhnya kebanyakan kamu menjadi kayu bakaran api neraka.”

Rasulullah bersabda: Wahai kaum perempuan, bersedekah dan banyakkan beristighfar kerana sesungguhnya aku mengetahui (bahawa) kamu golongan yang banyak sekali antara ahli neraka.”

Seorang perempuan yang bijak antara mereka berkata: “Ya Rasulullah mengapa kami menjadi golongan yang banyak sekali antara ahli neraka?”

Baginda menjawab: "(Kerana) kamu selalu mengutuk dan memaki-hamun dan kamu pula tidak mengenang budi suami dan (selain itu) aku tidak melihat golongan yang kurang akal dan kurang pula (amal) agamanya serta besar pula pengaruhnya kepada orang lelaki bijak bestari (sekalipun) – selain daripada kamu."

Perempuan itu bertanya lagi katanya: “Ya Rasulullah apa maksudnya: (Kaum perempuan) kurang akal dan kurang (amal) agama itu?”

Baginda menjawab: “Mengenai kurang akal, maka (ketika menjadi saksi): Saksi dua perempuan, (hanya) menyamai saksi seorang lelaki; maka inilah (tanda) kurang akal. Dan seseorang perempuan pula akan tinggal beberapa hari dengan tidak mengerjakan sembahyang (kerana kedatangan haid) dan dia pula ada kalanya tidak berpuasa pada Ramadan (kerana kedatangan haid juga) maka ini dan (tanda yang menunjukkan kaum perempuan) kurang amal agamanya (berbanding dengan kaum lelaki).”

Thursday, August 19, 2010

::Kisah pohon berduri dan penyakit hati::


Suatu ketika dahulu, terdapat seorang lelaki yang tinggal di sebuah rumah. Walaupun hidupnya bersendirian,namun dia  jarang merasa sunyi kerana rumahnya berhampiran dengan tempat laluan orang kampungnya untuk keluar ke pekan berdekatan. Di hadapan rumah lelaki tersebut, terdapat sebatang pohon  berduri yang memisahkan jarak antara rumah dan laluan tersebut. Pada asalnya, pohon itu sangatlah renek dan ia tidak menjejaskan pandangan lelaki tersebut. 

Namun, lumrah setiap hidupan, pohon itu pasti membesar.Pohon itu bakal menjejaskan pandangannya bahkan duri-durinya pasti menyakitkan. Terdetik di hati lelaki itu untuk mengorek isi tanah supaya dapat membuang pohon itu, namun, akibat terlampau melewat-lewatkan tindakan itu, pohon itu semakin membesar dan membesar. Lelaki itu pun sudah menjangkau usia. Mustahil bagi seorang lelaki yang sudah lanjut usia utk memotong pohon besar lagi berduri itu. Akibatnya, dahan-dahan pohon itu semakin menjalar sehingga merosakkan rumahnya sendiri. Duri-duri pohon itu juga telah melukakan pemilik pohon itu sendiri, iaitu lelaki tersebut. Bukan itu sahaja, pohon besar lagi berduri itu turut melukakan orang-orang kampong yang melalui jalan tersebut...


Kisah pohon berduri ini boleh dikaitkan dengan penyakit hati.Pohon berduri itu boleh diibaratkan sebagai penyakit hati manakala lelaki itu diibaratkan seperti diri kita sendiri.Penyakit hati ini bermula dari sekecil zarah, sama seperti pohon itu. Mulanya ia renek. Tapi semakin lama semakin membesar. JIka kita tidak bertindak segera membuang penyakit hati itu dalam diri kita, semakin lama ia semakin membesar tanpa kita sedari. Sama ada kita sedar atau tidak, ia sudah sebati dengan diri kita. Dan sebenarnya penyakit hati itu sendiri yang akn merosakkan diri kita. Bahkan, apa yang lebih dasyat lagi, ia turut menyakitkan orang-orang sekeliling kita. Jadi, marilah kita sama-sama menjaga hati kita daripada wujudnya penyakit  hati itu. Antara contoh-contoh penyakit hati adalah cemburu, hasad dengki,fitnah, busuk sangka dan sebagainya.
“ketahuilah,bahawa di dalam jasad manusia terdapat segumpal daging, bila ia baik, maka baik pula seluruh jasadnya, dan bila ia rosak, maka rosaklah pula pada seluruh jasadnya. Ketahuilah bahawa segumpal daging itu adalah hati"
- hadis riwayat bukhari dan muslim.

Nota Cinta buatNya

Andainya dapatku menulis
Nota-nota cinta buat diri-Nya
Ingin ku titipkan bersama
Semua kuntuman bunga
Yang indah berseri..




Tatkala melihat diri sendiri, 
layakkah diri menyatakan cinta padaMu? 
Jika bisa, layakkah diri ini menghantar nota cinta padaMu? 
Adakah diterima cintaku ini sedang diri ini seringkali lalai padaMu? Namun kutahu, diri tidak bertepuk sebelah tangan 
kerana CintaMu senantiasa melebihi cintaku. 
Akan kuusahakan untuk membalas cintaMu. 
Semoga setiap kata-kata dan bukti-bukti cintaku diredhai olehMu. 


with love,
pencintaMu

Wednesday, August 18, 2010

Ramadhan (●*∩_∩*●)

Ramadhan tiba!!

Ramadhan 1

Ramadhan 2

Ramadhan 3

Ramadhan 4



Ramadhan 5

Ramadhan 6

Ramadhan 7


Ramadhan 8













(*∩_∩*)

Sunday, August 15, 2010

See the difference??


Spot the differences?

Sekali imbas, persamaan yang paling ketara hanyalah pada nilai angka iaitu 30 tetapi setiap gambar dipamer mengikut cara sendiri. Mungkin mengikut personaliti si penulis.
Saya tidak berminat mengulas lanjut soal personaliti. Cuma tertarik dengan angka 30 itu.
Persolannya,
Apakah persamaan dan perbezaan 30 hari kita yang akan datang ini dengan 30 hari dalam bulan-bulan hijri yang lain? Buka mata, buka hati, renung-renungkan. Rugilah andai kiranya anda termasuk dalam golongan yang tidak dapat mengenal pasti perbezaannya.

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kalian berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kamu bertaqwa.”
[Al-Baqarah: 183]


Allahumma balighna Ramadhan.
Allah..beri kami kesempatan bertemu dengan tetamu agung Ramadhan.

"Ya Allah, ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau sentiasa memaafkan salah silap hamba-Mu, lagi suka memaafkan, oleh itu maafkanlah salah silapku." 


Wednesday, August 11, 2010

::MADRASAH RAMADAN::

Sabda Rasulullah bermaksud: "Telah datang kepadamu bulan Ramadan, penghulu segala bulan. Selamat datanglah kepadanya. Bulan puasa datang dengan pelbagai berkat. Alangkah mulianya tamu yang datang itu." (HR At-Thabrani)

حدثنا ‏ ‏يحيى بن أيوب ‏ ‏وقتيبة ‏ ‏وابن حجر ‏ ‏قالوا حدثنا ‏ ‏إسمعيل وهو ابن جعفر ‏ ‏عن ‏ ‏أبي سهيل ‏ ‏عن ‏ ‏أبيه ‏ ‏عن ‏ ‏أبي هريرة ‏ ‏رضي الله عنه ‏ 
‏أن رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قال ‏ ‏إذا جاء رمضان فتحت أبواب الجنة وغلقت 
أبواب النار ‏ ‏وصفدت ‏ ‏الشياطين

Telah berkata kepada kami (Imam Muslim), Yahya bin Ayyub, Qutaibah dan Ibn Hajar, bahawasanya, telah berkata Ismail (Ibn Ja'far) daripada Abi Sahl daripada ayah beliau, daripada Abu Hurairah r.a., bahawasanya, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Jika datang (bulan) Ramadhan, maka akan terbuka pintu syurga, tertutup pintu neraka dan syaitan-syaitan akan dibelenggu/dirantai
(Hadis riwayat Muslim)

Imam Al-Ghazali berkata mereka yang berpuasa perlu memelihara 6 adab batin:


i) Menahan pandangan terhadap segala perkara tercela dan yang dilarang agama


ii) Daripada perbuatan yang boleh mengganggu hati seperti lalai daripada berzikir dan mengingati Allah



iii) Lidah daripada bercakap kosong, bohong, mencaci maki, menimbulkan permusuhan dan riak



iv) Daripada perkara dilarang kerana setiap yang haram diucapkan, haram pula mendengarnya



v) Seluruh anggota lain daripada melakukan dosa seperti tangan dan kaki. Juga tidak memakan barang yang syubahat ketika berbuka



vi) Makan sewaktu berbuka sekalipun daripada makanan yang halal sehingga kenyang



Tuesday, August 10, 2010

::A Story About Praying on Time::


This may take a longer time to read but it's a worth-reading article. 

He remembered his grandmother’ s warning about praying on time:
’My son, you shouldn’t leave prayer to this late time’. His grandmother’ s age was 70 but, whenever she heard the Adzan, she got up like an arrow and performed Salah.
He, however could never win over his ego to get up and pray. Whatever he did, his Salah was always the last to be offered and he prayed it quickly to get it in on time.
Thinking of this, he got up and realized that there were only 15 minutes left before Salat-ul Isha. He quickly made Wudhu and performed Salat-ul Maghrib.

While making Tasbih, he again remembered his grandmother and was embarrassed by how he had prayed. His grandmother prayed with such tranquillity and peace.
He began making Dua and went down to make Sajdah and stayed like that for a while. He had been at work all day and was tired, very tired. He awoke abruptly to the sound of noise and shouting.

He was sweating profusely. He looked around. It was very crowded. Every direction he looked in was filled with people. Some stood frozen looking around, some were running left and right and some were on their knees with their heads in their hands just waiting. Pure fear and apprehension filled him as he realized where he was. His heart was about to burst.

It was the Day of Judgment.
When he was alive, he had heard many things about the questioning on the Day of Judgment, but that seemed so long ago. Could this be something his mind made up?
No, the wait and the fear were so great that he could not have imagined this. The interrogation was still going on. He began moving frantically from people to people to ask if his name had been called. No one could answer him. All of a sudden his name was called and the crowd split into two and made a passageway for him.

Two angels grabbed his arms and led him forward. He walked with unknowing eyes through the crowd. The angels brought him to the centre and left him there. His head was bent down and his whole life was passing in front of his eyes like a movie. He opened his eyes but saw only another world. The people were all helping others. He saw his father running from one lecture to the other, spending his wealth in the way of Islam. His mother invited guests to their house and one table was being set while the other was being cleared. He pleaded his case, ‘I too was always on this path. I helped others. I spread the word of Allah. I performed my Salah. I fasted in the month of Ramadhan.’ ‘Whatever Allah ordered us to do, I did.’ ’Whatever he ordered us not to do, I did not.’ He began to cry and think about how much he loved Allah. He knew that whatever he had done in life would be less than what Allah deserved and his only protector was Allah He was sweating like never before and was shaking all over. His eyes were fixed on the scale, waiting for the final decision.

At last, the decision was made.
The two angels with sheets of paper in their hands, turned to the crowd. His legs felt like they were going to collapse. He closed his eyes as they began to read the names of those people who were to enter Jahannam.

His name was read first.
He fell on his knees and yelled that this couldn’t be, ‘How could I go to Jahannam? I served others all my life, I spread the word of Allah toothers.’ His eyes had become blurry and he was shaking with sweat. The two angels took him by the arms. As his feet dragged, they went through the crowd and advanced toward the blazing flames of Jahannam. He was yelling and wondered if there was any person who was going to help him. He was yelling of all the good deeds he had done, how he had helped his father, his fasts, prayers, the Noble Qur’an hat he read, he was asking if none of them would help him.

The Jahannam angels continued to drag him.
They had gotten closer to the Hellfire. He looked back and these were his last pleas. Had not Rasulullah [SAW] said, ‘How clean would a person be who bathes in a river five times a day, so too does the Salah performed five times cleanse someone of their sins?’

He began yelling, ‘My prayers? My prayers? My prayers?’
The two angels did not stop, and they came to the edge of the abyss of Jahannam. The flames of the fire were burning his face. He looked back one last time, but his eyes were dry of hope and he had nothing left in him. One of the angels pushed him in. He found himself in the air and falling towards the flames. He had just fallen five or six feet when a hand grabbed him by the arm and pulled him back.He lifted his head and saw an old man with a long white beard. He wiped some dust off himself and asked him, ‘Who are you?’

The old man replied, ‘I am your prayers.’
’Why are you so late?! I was almost in the fire! You rescued me at the last minute before I fell in.’ The old man smiled and shook his head, ‘You always performed me at the last minute, did you forget?’

At that instant, he blinked and lifted his head from Sajdah. He was in a sweat. He listened to the voices coming from outside. He heard the Adzan for Salat-ul Isha. He got up quickly and went to perform Wudhu.

Isn't it time to start performing Salat on time?


-adapted from an fb page, AGAINST "Everybody Draw Mohammed Day!"'s -

nyte & day


Katakanlah (Muhammad), "Bagaimana pendapatmu, jika Allah menjadikan untukmu malam itu terus menerus sampai hari kiamat. Siapakah tuhan selain Allah yang akan mendatangkan sinar terang kepadamu? Apakah kamu tidak mendengar?"

Katakanlah (Muhammad), "Bagaimana pendapatmu, jika Allah menjadikan untukmu siang itu terus menerus sampai hari kiamat. Siapakah tuhan selain Allah yang akan mendatangkan malam kepadamu sebagai waktu istirahatmu? Apakah kamu tidak memperhatikan?"

(Al-Qasas:71-72)

::FN::

Sunday, August 1, 2010

Photo Hunting Night

بسم الله الرحمن الرحيم
In the Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful

[ Lake Tekapo, South Island NZ ]



^_^



WNF


Kawan



Hayati
Penuh makna~



WNF