“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) itu pada malam al-Qadar. Apakah cara yang membolehkan engkau mengetahui kebesaran malam lailatulqadar itu? Lailatulqadar ialah malam yang lebih baik berbanding 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar.”
(Surah al-Qadr: 1-5)
Alhamdulillah..kita telah menempuhi 20 hari berpuasa, masih ada 10 hari baki untuk kita terus mencari keampunan Allah. Janganlah kita sia-siakan 10 hari terakhir yang ada, kerana:
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Carilah lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil daripada sepuluh malam terakhir di bulan Ramadan.”
Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 2017.
Sabda Rasulullah s.a.w :
“Carilah (lailatulqadar) pada sepuluh malam terakhir. Jika seseorang kamu lemah atau tidak mampu, janganlah dia kalah (putus asa) mencarinya pada baki tujuh malam terakhir.”
Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1165.
Aisyah r.a berkata:
“Rasulullah s.a.w bersungguh-sungguh beribadah pada sepuluh hari terakhir (bulan Ramadan) yang tidak pernah dilakukannya pada waktu yang lain.”
Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1174.
Aisyah r.a berkata:
“Rasulullah s.a.w bersungguh-sungguh melakukan ibadah pada sepuluh hari terakhir yang tidak pernah dilakukannya pada waktu lain.”
Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1174.
Selain dari itu, dianjurkan kan juga untuk berdoa sebagaimana dikhabarkan dari ‘Aishah r.a dia berkata:
Ya Rasulullah, apa pendapatmu apabila aku mendapati salah satu malam daripada Lailatul Qadar, apakah yang sepatutnya aku ucapkan. Rasulullah menjawab:
Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu’anni
(Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Yang Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihi untuk mengampun, maka ampunilah aku.
Hadis riwayat Imam Ibnu Majah di dalam Sunannya, no: 3840
0 comments:
Post a Comment