Suatu ketika dahulu, terdapat seorang lelaki yang tinggal di sebuah rumah. Walaupun hidupnya bersendirian,namun dia jarang merasa sunyi kerana rumahnya berhampiran dengan tempat laluan orang kampungnya untuk keluar ke pekan berdekatan. Di hadapan rumah lelaki tersebut, terdapat sebatang pohon berduri yang memisahkan jarak antara rumah dan laluan tersebut. Pada asalnya, pohon itu sangatlah renek dan ia tidak menjejaskan pandangan lelaki tersebut.
Namun, lumrah setiap hidupan, pohon itu pasti membesar.Pohon itu bakal menjejaskan pandangannya bahkan duri-durinya pasti menyakitkan. Terdetik di hati lelaki itu untuk mengorek isi tanah supaya dapat membuang pohon itu, namun, akibat terlampau melewat-lewatkan tindakan itu, pohon itu semakin membesar dan membesar. Lelaki itu pun sudah menjangkau usia. Mustahil bagi seorang lelaki yang sudah lanjut usia utk memotong pohon besar lagi berduri itu. Akibatnya, dahan-dahan pohon itu semakin menjalar sehingga merosakkan rumahnya sendiri. Duri-duri pohon itu juga telah melukakan pemilik pohon itu sendiri, iaitu lelaki tersebut. Bukan itu sahaja, pohon besar lagi berduri itu turut melukakan orang-orang kampong yang melalui jalan tersebut...
Kisah pohon berduri ini boleh dikaitkan dengan penyakit hati.Pohon berduri itu boleh diibaratkan sebagai penyakit hati manakala lelaki itu diibaratkan seperti diri kita sendiri.Penyakit hati ini bermula dari sekecil zarah, sama seperti pohon itu. Mulanya ia renek. Tapi semakin lama semakin membesar. JIka kita tidak bertindak segera membuang penyakit hati itu dalam diri kita, semakin lama ia semakin membesar tanpa kita sedari. Sama ada kita sedar atau tidak, ia sudah sebati dengan diri kita. Dan sebenarnya penyakit hati itu sendiri yang akn merosakkan diri kita. Bahkan, apa yang lebih dasyat lagi, ia turut menyakitkan orang-orang sekeliling kita. Jadi, marilah kita sama-sama menjaga hati kita daripada wujudnya penyakit hati itu. Antara contoh-contoh penyakit hati adalah cemburu, hasad dengki,fitnah, busuk sangka dan sebagainya.
“ketahuilah,bahawa di dalam jasad manusia terdapat segumpal daging, bila ia baik, maka baik pula seluruh jasadnya, dan bila ia rosak, maka rosaklah pula pada seluruh jasadnya. Ketahuilah bahawa segumpal daging itu adalah hati"
- hadis riwayat bukhari dan muslim.
2 comments:
salam. apa dalam hati tiada siapa yg tahu selain Allah... malunya dengan Allah sekiranya depan manusia kita "buat-buat baik" sedang dlm hati penuh prasangka dan busuk hati (mazmumah yg lain) sedangkan Allah maha melihat apa yg tersembunyi dalam diri. jom scan hati dengan scanning electron microscope=IMAN. (someone said). moga kita sentiasa tingkatkan iman samapai achieve veryx1000 high sensitivity.. Jiwa orang beriman itu sentiasa sensitif bukan emosi.
Nabi tak kata segumpal daging itu otak/akal, tapi nabi kata hati. Hatilah yg mengcontrol segalanya...sbb tu alQuran turun utk mengubat hati, bukannya otak...
Post a Comment