muraqabah. selalu dengar term ini, bukan?
tapi...sering lupa juga, bukan?
sering lupa bahawa ade yang maha MELIHAT setiap tingkah kita.
Dia tidak dapat dicapai oleh penglihatan mata, sedang Dia dapat Melihat segala penglihatan itu dan Dia-lah Yang Maha Halus Maha Teliti [6:103]
tatkala rasa sendirian. tiada siapa disisi yang bisa memahami.
sering lupa bahawa selalu ada yang MAHA DEKAT dengan kita.
sering lupa bahawa selalu ada yang MAHA MENGETAHUI segala isi hati.
baik yang dilahirkan mahupun tidak.
Sungguh, Dia Maha Mengetahui segala isi hati [67:13]
semua resah, gelisah, gundah
ada DIA tahu segala
ada DIA yang menanti permohonan hambaNYA.
bermohonkah kita kepadaNYA?
sejauhmana DIA jadi tempat mengadu PERTAMA kita?
*on day 14. semoga bertambah cinta kepadaNYA. berusaha ye semua!
0 comments:
Post a Comment