“Solat berjemaah adalah 27 kali lebih tinggi kedudukannya daripada solat yang didirikan bersendirian.”
Keutamaannya adalah makmum mesti mengikut imam. Sabda Rasulullah;
"Seseorang imam itu dijadikan supaya diikuti. Oleh itu janganlah kamu melakukan perkara-perkara yang berbeza dengannya;
Apabila dia rukuk, maka rukuklah. Apabila dia membaca 'SamiAllahuliman Hamidah' maka katalah 'Rabbana lakal Hamduh' . Apabila dia sujud, maka sujudlah. Dan apabila dia solat duduk maka bersolat duduklah kamu semua (dalam jemaah).
Dan luruskanlah barisan saf dalam solat (jemaah) kerana sesungguhnya saf yang lurus adalah tanda kesempurnaan solat (jemaah)."
Dan luruskanlah barisan saf dalam solat (jemaah) kerana sesungguhnya saf yang lurus adalah tanda kesempurnaan solat (jemaah)."
Nabi SAW bukan sahaja melarang perbuatan solat yang berbeza dengan imam, tetapi juga melarang seseorang itu daripada melakukan sesuatu perbuatan solat yang tidak seragam dan semasa dengan imam yang sedang diikuti. Rasulullah pernah bersabda;
Abu Hurairah RA berkata bahawa Nabi SAW telah bersabda: Tidak takutkah salah seorang dari kalian apabila dia mengangkat kepalanya dari rukuk dan sujud sebelum imam, (lalu) Allah akan menjadikan kepalanya (seperti) kepala keldai atau Allah akan menjadikan bentuknya
(seperti) bentuk keldai.
Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Muslim
Abu Hurairah RA berkata bahawa Nabi SAW telah bersabda: Orang yang menurun dan mengangkat sebelum Imam, sesungguhnya ubun-ubun kepalanya berada di tangan syaitan (dipimpin oleh syaitan).
Hadith riwayat Imam al-Bazzar dan ath-Thabrani, dinilai sebagai hadith hasan oleh Imam Ibnu Hajar al-Haithami
Hadith riwayat Imam al-Bazzar dan ath-Thabrani, dinilai sebagai hadith hasan oleh Imam Ibnu Hajar al-Haithami
0 comments:
Post a Comment