Tidur merupakan salah satu dari nikmat kurniaan Allah kepada kita. Semasa tidur sebahagian anggota tubuh kita akan dapat berehat, sebahagian dari otak kita juga dapat berehat. Jika manusia tidak dapat tidur, dia akan menjadi separuh gila (diganggu igauan semasa jaga atau hallucination). Oleh itu manusia perlukan tidur biarpun sebentar saja.
Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut Sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadah. Allah hanya akan terima ibadat yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadah yang paling ikhlas.
Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah untuk orang yang amalkan Sunnah sangat besar. Satu Sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga. Di dalam tidur sendiri ada banyak Sunnah.. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi SAW, dia hanya akan dapat kerehatan saja.
Berikut adalah antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur:
1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah janjikan adalah syurga.
2. Jangan tidur dalam keadaan kaki anda menghala arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.
3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?
Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.
4. Baca 4 Qul (Surah Ikhlas, Surah Al-Kafiruun, Surah Al-Falaq, Surah An-Nas) tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.
5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.
6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.
8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.
Banyak lagi Sunnah Nabi SAW yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai 'night-cream' sebelum tidur. Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.
Bukan sahaja tidur, malahan makan, mandi, minum semuanya sebagai ibadah dan diberi ganjaran pahala sekiranya kita melakukannya dengan niat kerana Allah Subhanallah Taala. Sayang kan Allah kat kita?? So jom beramal!!!