Thursday, October 21, 2010

Wonder why? Jom check kenapa doa kita tak dimakbulkan.

Pernah dengar tak? Allah perkenankan doa kita dalam 3 bentuk:


1) Allah perkenankan ketika itu juga.

2) Allah tidak perkenankan ketika itu tetapi Allah mengabulkannya di akhirat sana. Ada pendapat mengatakan Allah tidak makbulkan kerana Allah mengetahui yang kita mohon itu bukan terbaik untuk kita ketika itu.

"..but perhaps you hate a thing and it is good for you, and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah knows, while you know not." (2:216)

3) Allah menukarkan permintaan kita dengan diselamatkan daripada musibah yang menimpa kita. Kadar musibah itu sama dengan permintaan kita.

Hinggakan ada kisah di akhirat sana, ada seorang hamba ALLAH yang terkejut mendapat nikmat yang banyak. Rupanya itu merupakan doa-doanya yang tidak ALLAH makbulkan di dunia dahulu :) *sukenyeee :))





So sentiasalah bersangka baik dengan ALLAH dan banyak banyakkan berdoa.

Akan tetapi, kenapa ye doa kita ada tak dimakbulkan? Kita rasa sedih, hampa. Ingat lagi pesanan dari pesanan seorang ustaz;
" Jangan lakukan sesuatu yang boleh menghalang doa kita daripada diterima Allah"

Hmm betul tu..kita sendiri check tak, ada tak kita buat sesuatu yang menghalang doa kita sampai kepada Allah? Mungkin punca dari kita sendiri doa-doa kita tu tak dimakbulkan. Jom check!

10 sebab-sebab doa tidak diperkenankan oleh Allah 


1. Kita mengaku mengenali Allah tetapi tidak pernah menunaikan akan hak-hakNya dengan melaksanakan segala surahan-Nya serta meninggalkan segala larangan-Nya.

2. Kita mengakui menyintai Rasulullah tetapi tidak pernah sekali pun mengikuti sunnahnya.

3. Kita mengakui bahawa syaitan itu adalah musuh yang paling ketat tetapi masih patuh dan mengikuti segala hasutannya.

4.. Kita sering membaca kitab suci Al-Quran tetapi tidak pernah mengamalkan segala isi kandungnya.

5. Kita sentiasa berdoa supaya dijauhkan dari seksaan api neraka tetapi dalam masa yang sama kita masih melakukan maksiat dan dosa.

6. Kita sering mengumpat dan mendedahkan keaiban saudara seagama kita tetapi tidak pernah melihat kepada keaiban sendiri.

7. Setiap hari kita mendapat nikmat dan rezeki yang Allah beri tetapi tidak pernah sekalipun mahu bersyukur dan berterima kasih kepada-Nya.

8. Kita mengiringi dan mengebumikan jeazah di perkuburan tetapi tidak pernah mahu mengambil iktibar dari kematian itu.

9. Kita tahu dan yakin bahawa kematian itu pasti berlaku tetapi tidak membuat persiapan untuk menuju ke sana.

10. Kita sentiasa berdoa supaya dimasukkan ke dalam syurga dan ditempatkan bersama orang-rorang soleh tetapi tidak pernah berusaha mendapatkannya.



Sesungguhnya Allah berfirman:


Ertinya : Dan apabila hamba2-Ku bertanya kpdmu mengenai Aku maka (beritahu kpd mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa HAMPIR (kpd mereka); Aku PERKENANKAN permohonan org yg berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dgn mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.
[Al-Baqarah:186]


Ertinya: Dan Tuhan kamu berfirman: "BERDOALAH kamu kepadaKu nescaya Aku PERKENANKAN doa permohonan kamu. Sesungguhnya org yang SOMBONG TAKBUR daripada berdoa kepadaKu, akan masuk NERAKA JAHANAM dlm keadaan hina.
[Al-Mu'min:60]



Moga jadi ingatan buat saya sendiri dan lain2 :)

0 comments: