Tuesday, October 12, 2010

cry out...


Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang seperti sia-sia..
Allah tahu betapa keras engkau sudah berusaha.

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih..
Allah sudah menghitung air matamu.

Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu saja..
Allah sedang menunggu bersama-samamu.

Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menghubungimu..
Allah sentiasa berada disampingmu.

Ketika kau fikir kau sudah berusaha sesungguhnya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi..
Allah mempunyai jawapannya.

Ketika segalanya menjadi sesuatu yang tidak masuk akal dan kau merasa tertekan..
Allah bersamamu untuk menenangkanmu.

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak jejak harapan..
sebenarnya Allah sedang berbisik kepadamu.

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur..
Allah telah pun memberkatimu.

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban..
Allah akan tersenyum padamu.

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi..
Allah sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.

Oleh itu ingatlah.. 
dimana pun kau berada..
Allah akan mengetahui dan senantiasa berada disampingmu..

untuk setiap masa dan ketika, Allah sentiasa ada

3 comments:

Anonymous said...

owh! benar2!! rasa nak menangis baca entry nih. allah sangat sweet, kan?? jom balas semula dengan endless syukur. wahai kawan2 C.I.N.T.A, jom jadi ibaadur rahman :)

naima bukan naimo said...

sesungguhnya rahmat Allah mendahului segala2 nya ^_____________^

Team SUMMERKITA said...

Subhanallah, Maha suci Allah!

Allah sentiasa ada... Moga Allah sentiasa berkati KITA dan eratkan ukhuwwah KITA

-dr TEAM SUMMERKITA OZNZ