Wednesday, September 1, 2010

Mampukah aku?

"Siapa aku nak betulkan orang? Layakkah aku? Diri sendiri pun huru-hara. Apa yang ada pada aku? Yang aku nampak hanyalah "zero". NOTHING! Orang pakai tudung labuh tapi aku? Bertudung ala kadar. Sekadar cukup syarat tutup mana yang patut. Mampukah aku jalankan tanggungjawap yang berat nak sampaikan tentang Islam kepada insan lain?? MAMPUKAH aku?? LAYAKKAH manusia seperti aku ni??"




Kalaulah persoalan ini yang menghantui kalian semua sehingga saat ini. Jangan risau kerana kita sama. Aku juga begitu. Kalian tak berseorangan. Tapi hari ini aku telah mendapat SOMETHING dari someone. Yang mungkin dengan izin Allah dapat menaikkan semangat kita kalau tidak banyak pun sedikit cukuplah. 


Di sini aku ingin berkongsi satu ayat hasil dari perkongsian dengan someone itu. Iaitu ayat dari surah Al-Qasas ayat ke-77 [28:77]. Allah berfirman :


"Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu lupa bahagianmu di dunia dan berbuat baiklah (sesama manusia) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. Sungguh, Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan."


Di sini aku ingin tekankan pada ayat yang di bold hijau seperti di atas. Sedarkah kita yang terlalu BANYAK nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita sebagai hambanya. Pernahkah kita bersyukur dengan nikmat tangan, hidung, mata, telinga dan apa saja yang ada pada kita. Jika ada yang pernah bersyukur tapi aku pasti jumlah hanyalah kecil. Sesungguhnya Allah telah berfirman di dalam surah Saba' ayat 13 yang bermaksud "....dan sedikit sekali dari hamba-hamba Ku yang bersyukur." 

"Tapi orang lain punya kelebihan seperti bakat menulis bolehlah menulis artikel yang dapat membawa insan lain ke arah kebaikan. Ada juga di antara mereka yang punyai bakat yang petah berkata-kata. Mudah mengajak orang ke arah Islam. Tapi apa yang aku ada?"


Lupakah kalian yang kita juga punya mulut untuk berkata-kata, punya jari untuk menulis. Walaupun itu bukan kelebihan kita tapi kita masih mampu menulis dan mampu berkata-kata. Gunakanlah nikmat Allah itu dengan sebaiknya. Bawalah ia ke jalan kebaikan. Sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Maha Teliti. Sekecil zarah pun kebaikan yang kita lakukan takkan terlepas dari pengetahuan Allah. Pasti akan ada ganjaran dari Nya.




يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ، ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِيْنِكَ
"Wahai Allah yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami di atas agama-Mu.” 
(HR. Ahmad dan at Tirmidzi)


p/s : maaf atas penggunaan "aku" dalam entry ini =)


-Hidupku demi mencari redha Illahi-
Wallahu'allam~

1 comments:

♥C.I.N.T.A♥ said...

huhu seperti ku kenal 'aku' itu. hehe anyway mari kita sama2 bangun dan bergerak, no matter what tools we use :)