Alhamdulillah.. kita telah diberi nafas untuk menyempurnakan 30 hari ramadan mencari keampunan dan takwa. Alhamdulillah kerana kita masih juga diberi nafas untuk bertemu hari kemenangan 1 Syawal. Beruntunglah bagi mereka yang mendapat kemenangan fikrah dan tahniah buat mereka yang telah benar-benar menunaikan hak-hak Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan. Sekarang kita berada didalam bulan Syawal, dan PERSOALANNYA,
"Masih adakah lagi apa-apa tanggungjawab untuk beramal sebagaimana kesungguhan yang ditunjukkan dalam bulan Ramadhan?"
"Dimana tarbiyah ramadhan yang kita terima sepanjang sebulan berpuasa? "
"Adakah stamina yang dijana didalam bulan Ramadhan masih dapat dipacu untuk menjadi modal beribadah dibulan-bulan seterusnya?"
"Atau dengan terbenamnya matahari pada petang 30 Ramadhan turut sama membenamkan semangat beribadah dan kembali bertuhankan nafsu seperti sebelum Ramadhan?"
Sebab itulah perlu ditegaskan disini bahawa sesiapa yang beribadat bersungguh-sungguh dalam Ramadhan dan meninggalkan kesungguhan tersebut selepas ramadhan, sesungguhnya mereka bertuhankan ramadan. Jadi, apakah jawapan kepada persoalan2 di atas?
Jawapannya:
MUJAHADAH dan yang paling penting ISTIQAMAH i.e teguh pendirian atau yang disebut sebagai konsistensi.
Allah Taala berfirman; “Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah" Kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, Maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: "Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang Telah dijanjikan Allah kepadamu". Kamilah pelindung-pelindungmu dalam kehidupan dunia dan akhirat; di dalamnya kamu memperoleh apa yang kamu inginkan dan memperoleh (pula) di dalamnya apa yang kamu minta. Sebagai hidangan (bagimu) dari Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah Fussilat:30-32)
Rasulullah pernah bersabda sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah katanya, telah bersabda Rasulullah: “bersederhanalah tanpa cuai dan beristiqamahlah. Ketahuilah sesungguhnya tidak sekali-kali seseorang itu selamat dengan amalnya”. Para sahabat bertanya: “Kamu juga ke wahai Rasulullah?”. Sabda Baginda: “Aku juga tidak selamat, melainkan Allah telah melindungi dan menutupi aku dengan rahmat dan kelebihan dari-Nya”. (HR Muslim)
Menurut para ulama istiqamah ertinya adalah terus menerus berada dalam ketaatan kepada Allah. Kata Rasulullah: “Amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah yang berterusan sekalipun sedikit” (HR Muslim)
So, insyaAllah sebelum semangat dan mujahadah di bulan Ramadan kita hilang dan berlalu, marilah kita perbetulkan kembali niat dan meneruskan usaha untuk berada dalam ketaatan kepada Allah kerana berbahagialah orang-orang yang beriman pada hari ini dengan benar-benar merasai nikmat takwa hasil pengorbanan yang dilakukan sepanjang bulan Ramadhan semata-mata kerana Allah.
"Bersedialah dan mulalah beramal hari ini, kerana mungkin esok kamu tidak lagi berupaya"
(Imam al-syahid Hassan al-Banna)
OK, Eid Mubarak!
*edited from Paksi.net
1 comments:
andai kita beramal kerana Ramadhan,
nescaya Ramadhan itu akan berlalu pergi..
tapi beramallah kerana Tuhan yang menciptakanmu..
kerana hanya DIA hidup dan tidak akan mati..
jagalah tarbiyyah Ramadhan..
dan istiqamah lah, walaupun dengan perkara kecil.
mujahadah yuk!
[el-biruni_4]
Post a Comment