Monday, September 27, 2010

Cintakah kita kepada Rasulullah ??





Adakah benar kita cinta akan Rasulullah? Apakah yg telah kita lakukan sebagai tanda kecintaan kita kepada Baginda? Sebanyak manakah pengorbanan yg telah kita lakukan demi menegakkan syiar agama yg dibawa Baginda? Berapa banyakkah sunnah Baginda yg kita ikuti dan kita amalkan? Rindukah kita kepada Rasulullah? Sayangkah kita kepada pembawa berita gembira itu?

Rasulullah perah mengatakan yang Baginda merindui satu golongan, yang mana mereka tersebut tidak pernah hidup bersama2 Baginda, apatah lagi melihat wajah Baginda. Tetapi, golongan tersebut amat merindui dan mencintai Baginda. Siapakah golongan tersebut? Baginda sangat rindu untuk bertemu dgn mereka.
Adakah kia tergolong dlm golongan yang dimaksudkan oleh Baginda?

Tanyalah pada hati masing-masing. Empunya hati lebih mengetahui apa yg tersirat di dalam hati.

 ~ As-Syifa' (^_^)

Thursday, September 23, 2010

A six that equal to 360??


Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Sesiapa berpuasa sepanjang Ramadan, kemudian diikuti dengan puasa enam hari Syawal, maka seakan-akan dia berpuasa selama satu tahun." (HR Muslim, Abu Dawud, An-Nasa'i dan Ibnu Majah)

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Allah telah menggandakan setiap kebaikan dengan sepuluh kali ganda. Puasa Ramadan setara dengan berpuasa sebanyak sepuluh bulan. Dan puasa enam hari Syawal yang menggenapkannya satu tahun." (HR An-Nasa'i dan Ibnu Majah)


Hadis ini mempamerkan bahawa ganjaran diberikan Allah itu sepuluh kali ganda. Ini bermakna jika kita berpuasa selama 30 hari pada Ramadan, maka digandakan menjadi 300 hari, manakala puasa enam hari pada Syawal digandakan menjadi 60 hari. Ganjaran Allah adalah sebanyak 360 hari.

Persamaan yang lain, jika berpuasa selama sebulan pada Ramadan akan menyamai 10 bulan, kemudian diikuti puasa selama enam hari pada Syawal akan menyamai dua bulan. Justeru genaplah berpuasa selama setahun.


Bagaimana mahu berpuasa 6 hari di bulan Syawal? Adakah berturut-turut 6 hari? Berselang-seli atau adakah bila-bila sahaja di bulan Syawal? 

Ada dua pendapat ulama mengenai hal ini. Majoriti ulama berpendapat, puasa enam dilakukan secara berturut-turut selepas Hari Raya. Ia dimulai pada hari raya kedua dan seterusnya sehingga genap enam hari. Sebahagian ulama pula berpendapat puasa enam itu boleh dilakukan secara berselang-seli atau tidak terus menerus sepanjang Syawal.

Justeru, kita mempunyai kebebasan untuk membuat pilihan sama ada melakukannya secara berturut-turut ataupun berselang seli.

Bagaimana pula kaedah menunaikan puasa sunat 6 hari pada Syawal jika puasa Ramadan masih belum diganti atau qada?


Persoalan itu juga mempunyai beberapa pandangan. Pendapat pertama mengatakan adalah memadai seseorang yang ingin melakukan puasa qada dan puasa enam dengan berniat hanya puasa qada pada Syawal. Mereka akan mendapat dua ganjaran sekali gus dengan syarat dia perlu berniat puasa qada terlebih dulu. Ini kerana puasa qada adalah wajib dan puasa enam adalah sunat.

Hal yang sama berlaku ke atas solat tahiyatul masjid. Jika seseorang memasuki masjid dan terus melakukan solat fardu, maka dia akan diberi ganjaran dua pahala sekali gus.

Pendapat kedua ialah jika seseorang melakukan kedua-duanya secara berasingan akan mendapat kelebihan di sisi Allah kerana sebagai seorang hamba yang tunduk kepada Allah, maka memperbanyakkan amalan taqarrub dengan memisahkan antara yang wajib dengan sunat lebih menunjukkan kesungguhan diri sebagai seorang hamba.

Ada juga ulama berpendapat bahawa puasa enam seharusnya didahulukan kerana ia hanya boleh diamalkan pada bulan Syawal saja. Bagi puasa qada, ia boleh dilakukan dalam tempoh 10 bulan berikutnya sebelum tibanya Ramadan akan datang.

Lakukan ibadat sunat ini sama ada berpuasa secara berturut-turut atau berselang-seli. Begitu juga dengan puasa qada. Lakukanlah sama ada secara digabungkan puasa enam dengan puasa qada ataupun secara berasingan.

Terpulanglah kepada diri kita sendiri berdasarkan kemampuan masing-masing.


**Selamat berpuasa enam! **   

nikmat yang mana ya?


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Dari Anas r.a.berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda :  
Akan didatangkanlah orang yang terenak kehidupannya di dunia dan ia termasuk golongan ahli neraka pada hari kiamat nanti, lalu diceburkan dalam neraka sekali ceburan, lalu dikatakan :
"Hai anak Adam - yakni manusia, adakah engkau dapat merasakan sesuatu kebaikan - keenakan sekalipun sedikit? Adakah suatu kenikmatan yang pernah menghampirimu sekalipun sedikit?" 
Ia berkata :  "Tidak. Demi Allah, ya Tuhanku"
- yakni setelah merasakan pedihnya siksa neraka, maka kenikmatan-kenikmatan dan keenakan-keenakan di dunia itu seolah-olah lenyap sama sekali.

Juga akan didatangkanlah orang yang paling menderita kesengsaraan di dunia dan ia termasuk ahli syurga, lalu ia dimasukkan sekali masuk dalam syurga, lalu dikatakan padanya : 
"Hai anak Adam, adakah engkau dapat merasakan sesuatu kesengsaraan, sekalipun sedikit? Adakah suatu kesukaran yang pernah menghampirimu sekalipun sedikit?" 
Ia menjawab : "Tidak, demi Allah, tidak pernah ada kesukaranpun yang menghampiri diriku dan tidak pernah saya melihat suatu kesengsaraan pun sama sekali," 
- yakni setelah merasakan kenikmatan syurga, maka kesengsaraan dan kesukaran yang pernah diderita di dunia itu seolah-olah lenyap sekaligus
(Riwayat Muslim)

Ohh..Semoga kesusahan kita di dunia ini menjadi penyebab kita kita ke syurga, dan kesenangan kita di dunia ini bukan yang membawa kita ke neraka..dengan izinNya juga. 
(bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian)



 
"Faith is trusting in a prayer
Greater than yourself 
And knowing that whatever happens
This power will carry you through everything."


Read somewhere..what Hubbard said, "To avoid criticism - do nothing, say nothing, be nothing.' But people still criticize if one does nothing too, right?" [for us to think]



Eid Mubarak!

Thursday, September 16, 2010

berlalunya Ramadan...THEN???

Alhamdulillah.. kita telah diberi nafas untuk menyempurnakan 30 hari ramadan mencari keampunan dan takwa. Alhamdulillah kerana kita masih juga diberi nafas untuk bertemu hari kemenangan 1 Syawal.  Beruntunglah bagi mereka yang mendapat kemenangan fikrah dan tahniah buat mereka yang telah benar-benar menunaikan hak-hak Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan. Sekarang kita berada didalam bulan Syawal, dan PERSOALANNYA,

"Masih adakah lagi apa-apa tanggungjawab untuk beramal sebagaimana kesungguhan yang ditunjukkan dalam bulan Ramadhan?"

 "Dimana tarbiyah ramadhan yang kita terima sepanjang sebulan berpuasa? "
"Adakah stamina yang dijana didalam bulan Ramadhan masih dapat dipacu untuk menjadi modal beribadah dibulan-bulan seterusnya?"
"Atau dengan terbenamnya matahari pada petang 30 Ramadhan turut sama membenamkan semangat beribadah dan kembali bertuhankan nafsu seperti sebelum Ramadhan?"
Sebab itulah perlu ditegaskan disini bahawa sesiapa yang beribadat bersungguh-sungguh dalam Ramadhan dan meninggalkan kesungguhan tersebut selepas ramadhan, sesungguhnya mereka bertuhankan ramadan. Jadi, apakah jawapan kepada persoalan2 di atas?

Jawapannya:

MUJAHADAH dan yang paling penting ISTIQAMAH i.e teguh pendirian atau yang disebut sebagai konsistensi.


Allah Taala berfirman; “Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah" Kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, Maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: "Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang Telah dijanjikan Allah kepadamu". Kamilah pelindung-pelindungmu dalam kehidupan dunia dan akhirat; di dalamnya kamu memperoleh apa yang kamu inginkan dan memperoleh (pula) di dalamnya apa yang kamu minta. Sebagai hidangan (bagimu) dari Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah Fussilat:30-32)

Rasulullah pernah bersabda sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah katanya, telah bersabda Rasulullah: “bersederhanalah tanpa cuai dan beristiqamahlah. Ketahuilah sesungguhnya tidak sekali-kali seseorang itu selamat dengan amalnya”. Para sahabat bertanya: “Kamu juga ke wahai Rasulullah?”. Sabda Baginda: “Aku juga tidak selamat, melainkan Allah telah melindungi dan menutupi aku dengan rahmat dan kelebihan dari-Nya‌”. (HR Muslim)

Menurut para ulama istiqamah ertinya adalah terus menerus berada dalam ketaatan kepada Allah. Kata Rasulullah: “Amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah yang berterusan sekalipun sedikit” (HR Muslim)



So, insyaAllah sebelum semangat dan mujahadah di bulan Ramadan kita hilang dan berlalu, marilah kita perbetulkan kembali niat dan meneruskan usaha untuk berada dalam ketaatan kepada Allah kerana berbahagialah orang-orang yang beriman pada hari ini dengan benar-benar merasai nikmat takwa hasil pengorbanan yang dilakukan sepanjang bulan Ramadhan semata-mata kerana Allah.

"Bersedialah dan mulalah beramal hari ini, kerana mungkin esok kamu tidak lagi berupaya"
 (Imam al-syahid Hassan al-Banna)

OK, Eid Mubarak!

*edited from Paksi.net

Tuesday, September 14, 2010

Sungai dalam laut?

Sedikit perkongsian ttg alam ciptaan Allah yg agung. Dipetik drp blog Ini Jalanku.

Subhanallah .. ada sungai dalam laut !!

Maha Suci Allah yang Maha Menciptakan Sungai dalam Laut
“Akan Kami perlihatkan secepatnya kepada mereka kelak, bukti-bukti kebenaran Kami di segenap penjuru dunia ini dan pada diri mereka sendiri, sampai terang kepada mereka, bahwa al-Quran ini suatu kebenaran. Belumkah cukup bahwa Tuhan engkau itu menyaksikan segala sesuatu. ” (QS Fushshilat : 53)
 
“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Q.S Al Furqan:53)
Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery’ pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau , ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.
Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.
Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor Muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi “Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. .”Artinya: “Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus.” Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.
Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi “Yakhruju minhuma lu’lu`u wal marjaan” ertinya “Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.” Padahal di muara sungai tidak
ditemukan mutiara.
Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur’an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur’an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur’an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.

Maha Suci Allah yang Maha Menciptakan Sungai dalam Laut

Allahu Akbar…! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air.” Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. bersabda, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.”

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah “sungai” di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.

Setengah pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai… luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.

Wednesday, September 1, 2010

Mampukah aku?

"Siapa aku nak betulkan orang? Layakkah aku? Diri sendiri pun huru-hara. Apa yang ada pada aku? Yang aku nampak hanyalah "zero". NOTHING! Orang pakai tudung labuh tapi aku? Bertudung ala kadar. Sekadar cukup syarat tutup mana yang patut. Mampukah aku jalankan tanggungjawap yang berat nak sampaikan tentang Islam kepada insan lain?? MAMPUKAH aku?? LAYAKKAH manusia seperti aku ni??"




Kalaulah persoalan ini yang menghantui kalian semua sehingga saat ini. Jangan risau kerana kita sama. Aku juga begitu. Kalian tak berseorangan. Tapi hari ini aku telah mendapat SOMETHING dari someone. Yang mungkin dengan izin Allah dapat menaikkan semangat kita kalau tidak banyak pun sedikit cukuplah. 


Di sini aku ingin berkongsi satu ayat hasil dari perkongsian dengan someone itu. Iaitu ayat dari surah Al-Qasas ayat ke-77 [28:77]. Allah berfirman :


"Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu lupa bahagianmu di dunia dan berbuat baiklah (sesama manusia) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. Sungguh, Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan."


Di sini aku ingin tekankan pada ayat yang di bold hijau seperti di atas. Sedarkah kita yang terlalu BANYAK nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita sebagai hambanya. Pernahkah kita bersyukur dengan nikmat tangan, hidung, mata, telinga dan apa saja yang ada pada kita. Jika ada yang pernah bersyukur tapi aku pasti jumlah hanyalah kecil. Sesungguhnya Allah telah berfirman di dalam surah Saba' ayat 13 yang bermaksud "....dan sedikit sekali dari hamba-hamba Ku yang bersyukur." 

"Tapi orang lain punya kelebihan seperti bakat menulis bolehlah menulis artikel yang dapat membawa insan lain ke arah kebaikan. Ada juga di antara mereka yang punyai bakat yang petah berkata-kata. Mudah mengajak orang ke arah Islam. Tapi apa yang aku ada?"


Lupakah kalian yang kita juga punya mulut untuk berkata-kata, punya jari untuk menulis. Walaupun itu bukan kelebihan kita tapi kita masih mampu menulis dan mampu berkata-kata. Gunakanlah nikmat Allah itu dengan sebaiknya. Bawalah ia ke jalan kebaikan. Sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Maha Teliti. Sekecil zarah pun kebaikan yang kita lakukan takkan terlepas dari pengetahuan Allah. Pasti akan ada ganjaran dari Nya.




يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ، ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِيْنِكَ
"Wahai Allah yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami di atas agama-Mu.” 
(HR. Ahmad dan at Tirmidzi)


p/s : maaf atas penggunaan "aku" dalam entry ini =)


-Hidupku demi mencari redha Illahi-
Wallahu'allam~

10 hari mencari Al-Qadr..JOM!!!


Al-Qadr;  A night that is better than a thousand months!


اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّى

"Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pengampun yang menyukai permintaan ampun, maka ampunilah aku."

"O Allah! You are most forgiving and you love to forgive, so forgive me"

Amin..