Sunday, March 18, 2012

A day in Muslim life ;)


"O those who believe, 
enter Islam completely,
 and do not follow the footsteps of the Evil One, for you, he is an open enemy. And if you slip, even after clear signs have come to you, then you must know that Allah is Mighty, Wise... 
And to Allah all matters are returned." 

-(2:208-210)




Saturday, March 17, 2012

"Remember me; I will remember you"


Firman Allah:

"Maka ingatlah kepadaKu, Aku pun akan ingat kepadamu. 
Bersyukurlah kepadaKu, dan janganlah kamu ingkar kepadaKu. 
Wahai orang-orang beriman! 
Mohonlah pertolongan (kepada Allah) 
dengan sabar dan solat.
 Sungguh Allah beserta orang-orang yang sabar."

-(2:152-153)
 
Dan firman Allah lagi:

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya 
kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), 
bahwasanya Aku dekat.
Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu,
maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu,
agar mereka selalu berada dalam kebenaran.


-(2:186) 

Note for myself:  lately feel lost, aimless and hopeless, which I shouldn't have to feel this way. Of course, since I have Allah right? We all do have Him, the One and Only who can cure and solve our problems. Seek for Him. Insyaallah Allah akan tolong, yup and that is a sure thing!


"Seek Allah's help with patient perseverance and prayer.
     It is indeed hard except for those who are humble." 
-(2:45)


Tuesday, November 8, 2011

Carrots, Eggs or Coffee Beans Movie

Carrots, Eggs or Coffee Beans Movie: All of us at one time or another have experienced a difficult situation, had setbacks, or dealt with our share of disappointment. Most things that happen to us on a daily basis we can't control and I can honestly say (with conviction) that it is not what happens to us that matters but rather, how we choose to respond.

Wednesday, October 26, 2011

Satu amalan yang Rasulullah cintai lebih dari seisi dunia. Apakah itu?


Nak tau tak? Apakah amalan itu? Jom kita baca kisah ni :)

Suatu ketika, Rasullullah saw terlewat datang ke masjid untuk solat subuh. Baginda sampai di masjid dan terus sahaja mengimani solat. Selepas solat, Rasullullah SAW memberitahu sebab kelewatannya, 
kerana ada urusan yang perlu diselesaikan. Kemudian baginda menunaikan 
solat dua rakaat sebelum Subuh.
“Bukahkah tuan sudah terlewat benar, wahai Rasullullah?” Bilal bertanya, seakan membawa maksud, sudah lambat pun ,masih menyempatkan diri untuk solat sunat dua rakaat? Jawab Rasullullah saw, 
“Sekiranya aku terlambat lebih daripada itu, aku akan  tetap solat dua rakaat dengan sempurna.”

----------

Wah. Walaupun terlambat Rasulullah masih solat sunat sebelum subuh? Kita mcm mana? Huhu solat subuh yg wajib pun lmbat. emmm. ok2 jom baca hadis-hadis nabi mengenai how important to perform this prayer 
and why our prophet loves it so much.

Rasulullah saw bersabda, maksudnya:
 "Sesungguhnya tidak ada suatu sembahyang sunat pun yang begitu dijaga oleh baginda daripada sembahyang dua rakaat sebelum Subuh.” 
(Riwayat Muslim)

"Nabi tidak pernah begitu kuat ketekunannya dalam mengerjakan solat-solat sunat rawatib melebihi dua rakaat sebelum subuh."
 (HR Muslim & Bukhari)

Dari Hafsah r.a.: "Adalah rutin Rasulullah saw, apabila muazzin senyap daripada azan Subuh, dan fajar mula kelihatan, baginda bersolat dua rakaat yang ringkas sebelum didirikan solat". 
(Riwayat Muslim, no: 723).

Baginda menggambarkan kelebihan solat dua rakaat qabliah(sebelum) subuh melalui sabdanya,

Dari Aisyah dari Nabi s.a.w sabdanya,
“Dua rakaat sebelum subuh 
lebih baik daripada dunia dan seisinya.” 
(HR Muslim )

Dan dalam satu riwayat lain,
“Kedua rakaat tersebut lebih aku cintai daripada dunia ini seluruhnya .”

Pentingya solat sunat subuh ini sehinggakan ada Rasulullah bersabda untuk kita ganti solat ini jika terlepas.

Qadha (ganti) Sembahyang Sunat Subuh

Bagi orang yang tidak sempat mengerjakan solah rawatib dua rakaat sebelum Subuh, mereka boleh mengerjakannya samada sejurus selepas selesai solah Subuh (mazhab Syafie) atau setelah matahari terbit (3 mazhab yang lain).

Dari Abu Hurairah r.a.: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang tidak sempat mengerjakan solat rawatib dua rakaat sebelum Subuh, maka hendaklah dia mengerjakannya setelah matahari terbit.” 
(Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi)

Dari Qais bin Qahd r.a., bahawasanya dia pernah mengerjakan solat Subuh bersama Rasulullah s.a.w., sedangkan dia belum mengerjakan solat rawatib dua rakaat sebelumnya. Setelah beliau mengucapkan salam, dia pun mengucapkan salam bersama beliau s.a.w.. Selanjutnya, dia mengerjakan solat rawatib Subuh dua rakaat, sedang Rasulullah s.a.w. melihatnya, tetapi beliau s.a.w. tidak melarang-nya dari melakukan hal tersebut.”
 (Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan Ibnu Hibban)

Ok, that's all for this time :) Jom kita sama-sama jadikan amalan ni sbg satu ibadah yg kita cintai juga <3 Very important reminder for me actually. :)

Edited from: 
http://www.ustazahazimah.amirhakimi.com/2011/03/06/solat-sunat-sblm-subuh/
http://llisankuterjaga.blogspot.com/2011/07/solat-sunat-sebelum-subuh.html/


Sunday, October 23, 2011

"Aku bersamanya apabila ia ingat kepadaKu."


Dari Abu Hurairah RA, ia berkata: Nabi SAW bersabda: 

Allah SWT berfirman:

 "Aku adalah menurut sangkaan hambaKu kepadaKudan 
Aku bersamanya apabila ia ingat kepadaKu. 

Jika ia ingat kepadaKu dalam dirinya, maka 
Aku mengingatinya dalam diriKu.
 Jika ia ingat kepadaKu dalam kelompok, maka 
Aku mengingatinya dalam kelompok yang lebih baik dari kelompok mereka.
Jika ia mendekatiKu sejengkal, maka 
Aku mendekatinya sehasta. 
Jika ia mendekatiKu sehasta, maka 
Aku mendekatinya sedepa.
Jika ia datang kepadaKu dengan berjalan, maka 
Aku datang kepadanya dengan berlari."

(Hadis Qudsi- Bukhari, Tarmidzi dan Ibnu Majah) 



Speak good or remain silent ;)


Our Prophet Muhammad said:

 "Whoever believes in Allah and the Last Day should 
speak a good word or remain silent. 
And whoever believes in Allah and the Last Day should 
show hospitality to his neighbour.
And whoever believes in Allah and the Last Day should 
show hospitality to his guest."

(Sahih Bukhari & Muslim)

Tuesday, September 13, 2011

A six that equal to 360??


Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Sesiapa berpuasa sepanjang Ramadan, kemudian diikuti dengan puasa enam hari Syawal, maka seakan-akan dia berpuasa selama satu tahun." (HR Muslim, Abu Dawud, An-Nasa'i dan Ibnu Majah)


Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Allah telah menggandakan setiap kebaikan dengan sepuluh kali ganda. Puasa Ramadan setara dengan berpuasa sebanyak sepuluh bulan. Dan puasa enam hari Syawal yang menggenapkannya satu tahun." (HR An-Nasa'i dan Ibnu Majah)




Hadis ini mempamerkan bahawa ganjaran diberikan Allah itu sepuluh kali ganda. Ini bermakna jika kita berpuasa selama 30 hari pada Ramadan, maka digandakan menjadi 300 hari, manakala puasa enam hari pada Syawal digandakan menjadi 60 hari. Ganjaran Allah adalah sebanyak 360 hari.

Persamaan yang lain, jika berpuasa selama sebulan pada Ramadan akan menyamai 10 bulan, kemudian diikuti puasa selama enam hari pada Syawal akan menyamai dua bulan. Justeru genaplah berpuasa selama setahun.


Bagaimana mahu berpuasa 6 hari di bulan Syawal? Adakah berturut-turut 6 hari? Berselang-seli atau adakah bila-bila sahaja di bulan Syawal? 

Ada dua pendapat ulama mengenai hal ini. Majoriti ulama berpendapat, puasa enam dilakukan secara berturut-turut selepas Hari Raya. Ia dimulai pada hari raya kedua dan seterusnya sehingga genap enam hari. Sebahagian ulama pula berpendapat puasa enam itu boleh dilakukan secara berselang-seli atau tidak terus menerus sepanjang Syawal.

Justeru, kita mempunyai kebebasan untuk membuat pilihan sama ada melakukannya secara berturut-turut ataupun berselang seli.

Bagaimana pula kaedah menunaikan puasa sunat 6 hari pada Syawal jika puasa Ramadan masih belum diganti atau qada?


Persoalan itu juga mempunyai beberapa pandangan. Pendapat pertama mengatakan adalah memadai seseorang yang ingin melakukan puasa qada dan puasa enam dengan berniat hanya puasa qada pada Syawal. Mereka akan mendapat dua ganjaran sekali gus dengan syarat dia perlu berniat puasa qada terlebih dulu. Ini kerana puasa qada adalah wajib dan puasa enam adalah sunat.



Hal yang sama berlaku ke atas solat tahiyatul masjid. Jika seseorang memasuki masjid dan terus melakukan solat fardu, maka dia akan diberi ganjaran dua pahala sekali gus.


Pendapat kedua ialah jika seseorang melakukan kedua-duanya secara berasingan akan mendapat kelebihan di sisi Allah kerana sebagai seorang hamba yang tunduk kepada Allah, maka memperbanyakkan amalan taqarrub dengan memisahkan antara yang wajib dengan sunat lebih menunjukkan kesungguhan diri sebagai seorang hamba.

Ada juga ulama berpendapat bahawa puasa enam seharusnya didahulukan kerana ia hanya boleh diamalkan pada bulan Syawal saja. Bagi puasa qada, ia boleh dilakukan dalam tempoh 10 bulan berikutnya sebelum tibanya Ramadan akan datang.

Lakukan ibadat sunat ini sama ada berpuasa secara berturut-turut atau berselang-seli. Begitu juga dengan puasa qada. Lakukanlah sama ada secara digabungkan puasa enam dengan puasa qada ataupun secara berasingan.

Terpulanglah kepada diri kita sendiri berdasarkan kemampuan masing-masing.



**Selamat berpuasa enam! **