Wednesday, October 26, 2011

Satu amalan yang Rasulullah cintai lebih dari seisi dunia. Apakah itu?


Nak tau tak? Apakah amalan itu? Jom kita baca kisah ni :)

Suatu ketika, Rasullullah saw terlewat datang ke masjid untuk solat subuh. Baginda sampai di masjid dan terus sahaja mengimani solat. Selepas solat, Rasullullah SAW memberitahu sebab kelewatannya, 
kerana ada urusan yang perlu diselesaikan. Kemudian baginda menunaikan 
solat dua rakaat sebelum Subuh.
“Bukahkah tuan sudah terlewat benar, wahai Rasullullah?” Bilal bertanya, seakan membawa maksud, sudah lambat pun ,masih menyempatkan diri untuk solat sunat dua rakaat? Jawab Rasullullah saw, 
“Sekiranya aku terlambat lebih daripada itu, aku akan  tetap solat dua rakaat dengan sempurna.”

----------

Wah. Walaupun terlambat Rasulullah masih solat sunat sebelum subuh? Kita mcm mana? Huhu solat subuh yg wajib pun lmbat. emmm. ok2 jom baca hadis-hadis nabi mengenai how important to perform this prayer 
and why our prophet loves it so much.

Rasulullah saw bersabda, maksudnya:
 "Sesungguhnya tidak ada suatu sembahyang sunat pun yang begitu dijaga oleh baginda daripada sembahyang dua rakaat sebelum Subuh.” 
(Riwayat Muslim)

"Nabi tidak pernah begitu kuat ketekunannya dalam mengerjakan solat-solat sunat rawatib melebihi dua rakaat sebelum subuh."
 (HR Muslim & Bukhari)

Dari Hafsah r.a.: "Adalah rutin Rasulullah saw, apabila muazzin senyap daripada azan Subuh, dan fajar mula kelihatan, baginda bersolat dua rakaat yang ringkas sebelum didirikan solat". 
(Riwayat Muslim, no: 723).

Baginda menggambarkan kelebihan solat dua rakaat qabliah(sebelum) subuh melalui sabdanya,

Dari Aisyah dari Nabi s.a.w sabdanya,
“Dua rakaat sebelum subuh 
lebih baik daripada dunia dan seisinya.” 
(HR Muslim )

Dan dalam satu riwayat lain,
“Kedua rakaat tersebut lebih aku cintai daripada dunia ini seluruhnya .”

Pentingya solat sunat subuh ini sehinggakan ada Rasulullah bersabda untuk kita ganti solat ini jika terlepas.

Qadha (ganti) Sembahyang Sunat Subuh

Bagi orang yang tidak sempat mengerjakan solah rawatib dua rakaat sebelum Subuh, mereka boleh mengerjakannya samada sejurus selepas selesai solah Subuh (mazhab Syafie) atau setelah matahari terbit (3 mazhab yang lain).

Dari Abu Hurairah r.a.: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang tidak sempat mengerjakan solat rawatib dua rakaat sebelum Subuh, maka hendaklah dia mengerjakannya setelah matahari terbit.” 
(Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi)

Dari Qais bin Qahd r.a., bahawasanya dia pernah mengerjakan solat Subuh bersama Rasulullah s.a.w., sedangkan dia belum mengerjakan solat rawatib dua rakaat sebelumnya. Setelah beliau mengucapkan salam, dia pun mengucapkan salam bersama beliau s.a.w.. Selanjutnya, dia mengerjakan solat rawatib Subuh dua rakaat, sedang Rasulullah s.a.w. melihatnya, tetapi beliau s.a.w. tidak melarang-nya dari melakukan hal tersebut.”
 (Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan Ibnu Hibban)

Ok, that's all for this time :) Jom kita sama-sama jadikan amalan ni sbg satu ibadah yg kita cintai juga <3 Very important reminder for me actually. :)

Edited from: 
http://www.ustazahazimah.amirhakimi.com/2011/03/06/solat-sunat-sblm-subuh/
http://llisankuterjaga.blogspot.com/2011/07/solat-sunat-sebelum-subuh.html/


0 comments: