Thursday, July 14, 2011

Traffic light


Hari tu on the way to airport, adalah satu analogi yang diceritakan oleh pak cik pemandu teksi berbangsa Turki.  Analogi ini dipanggil analogi " Traffic light".

Bilakah traffic light mula diperkenalkan?? Tentulah jawapannya apabila jalan raya terlampau sesak sehingga kenderaan tidak mampu lagi untuk bergerak dengan normal sehingga menyusahkan semua pengguna jalan raya. Tapi alhamdulillah apabila traffic light mula dipasang, traffik kembali bergerak dengan lancar dan semua pengguna jalan raya dapat ke tempat yang ingin dituju dengan cepat dan selamat.

Erm sebenarnya analogi traffic light ni lebih kurang macam gambaran manusia di dunia ini. Mula-mula waktu orang tak ramai sangat, takdelah sangat masalah. Semua orang hidup happy je. Yela orang sikit, makanan cukup je, tenaga buruh pun banyak je. So as long as ada keje and ada duit sikit boley je hidup. Tapi bilamana orang semakin ramai, kos sara hidup makin meningkat as well as masalah sosial. So Allah turunkan traffic light @ Rasul untuk kesejahteraan sekalian alam @ semua pengguna jalan raya. 

Mungkin awal-awal ramai yang kata lamalah nak tunggu lampu hijau tapi lama-kelamaan orang akan membiasakan diri dengan traffic light and lagi nampak bahawa traffic light tu lagi banyak kelebihan dari takde langsung. Begitulah dengan islam tu. Mula-mula susahlah nak amalkan. Maklumlah sudah lama sangat dibelenggu dengan jahiliyyah. Tapi insyaAllah lama-kelamaan orang akan menyedari hakikat bahawa islam yg dibawa oleh Rasul adalah panduan terbaik untuk seluruh umat manusia di alam ni...Sekian!

0 comments: