Tuesday, February 8, 2011

Ibadah Ahli Syurga ^________^

Dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Ahmad dan al-Nasa'i, Anas bin Malik menceritakan satu peristiwa yg dialaminya dalam sebuah majlis bersama Rasulullah saw. Suatu hari sewaktu para sahabat duduk bersama Rasulullah saw, Baginda bersabda yg bermaksud: "Sebentar lg akan muncul di hadapan kalian seorang lelaki penghuni syurga." Seketika kemudian muncul lelaki Ansar yg janggutnya basah dgn air wuduknya. Dia mengikat kedua-dua sandalnya pada tangan sebelah kiri.
Keesokan hari, Rasulullah saw mengulangi perkataan yg sama: "Akan dtg seorang lelaki penghuni syurga." Dan muncul lelaki yg sama. Begitulah Nabi mengulangi sehingga 3 kali. Seusai majlis Rasulullah itu, Abdullah bin Amr bin al-Ash r.a. mengikuti lelaki yg disebut oleh Nabi itu. Beliau cuba mencari helah utk tinggal bersamanya."Saya bertengkar dgn ayah saya dan saya berjanji kpd ayah saya bhw selama 3 hari saya tidak akan menemuinya. Bolehkah kamu memberi tempat perlindungan kpd saya selama 3 hari?" Pinta Abdullah bin Amr bin al-Ash kpd lelaki itu. Abdullah diizinkan oleh org itu ke rumahnya dan tidurlah di rumahnya selama 3 malam. Selama itu Abdullah ingin menyaksikan ibadah apakah yg dilakukan oleh org itu sehingga dia dikhabarkan oleh Rasulullah saw sbg penghuni syurga. Tetapi selama itu juga dia tidak menyaksikan sesuatu apa yg istimewa dlm ibadahnya.
Kata Abdullah: "Setelah 3 hari aku tidak melihat amalannya sehingga aku hampir-hampir meremehkan amalannya, lalu aku berkata: 'Hai hamba Allah! Sebenarnya aku tidak bertengkar dgn ayahku dan tidak juga aku menjauhinya. Tetapi aku mendengar Rasulullah saw berkata tentang dirimu sampai 3 kali, 'Akan dtg seseorang drpdmu sbg penghuni syurga.' Aku ingin memerhatikan amalanmu supaya aku dpt menirunya. Mudah-mudahan dgn amalan yg sama aku mencapai kedudukanmu.'
Berkata lelaki tersebut: 'Apa yg aku amalkan tidak lebih drpd apa yg engkau saksikan.' "Ketika aku mahu pulang, dia memanggilku dan berkata: 'Demi Allah, amalku tidak lebih drpd apa yg engkau saksikan itu. Hanya aku tidak pernah menyimpan pada diriku niat yg buruk terhadap kaum Muslim dan aku tidak pernah menyimpan rasa dengki atas kebaikan yg diberikan Allah kpd mereka.'" 
"Lalu aku berkata: 'Begitu bersihnya hatimu drpd perasaan buruk terhadap kaum Muslim dan bersihnya hatimu drpd perasaan dengki, inilah yg menyebabkan engkau sampai ke tahap yg terpuji itu. Inilah yg tidak mampu kami lakukan.'" (Hayat al-Shahabah, jil.2, hlm. 520-521).
Hati yg tidak menyimpan dengki dan prasangka terhadap sesama Muslim pd zahirnya nampak sederhana. Tetapi ia adalah akhlak yg mulia, maka kedudukannya amat tinggi di sisi Allah.
  




0 comments: