Wednesday, July 28, 2010

Kumohon padaMu Ya Allah~

Bacalah dgn penuh teliti dan khusyuk;

Sesungguhnya Allah berfirman:

Ertinya : Dan apabila hamba2-Ku bertanya kpdmu mengenai Aku maka (beritahu kpd mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa HAMPIR (kpd mereka); Aku PERKENANKAN permohonan org yg berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dgn mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.
[Al-Baqarah:186]




Allah berfirman lagi:

Ertinya: Dan Tuhan kamu berfirman: "BERDOALAH kamu kepadaKu nescaya Aku PERKENANKAN doa permohonan kamu. Sesungguhnya org yang SOMBONG TAKBUR daripada berdoa kepadaKu, akan masuk NERAKA JAHANAM dlm keadaan hina.
[Al-Mu'min:60]

Oleh itu, marilah sejenak kita berdoa kepadaNya,insyaAllah dimakbulkan oleh Allah Yg Maha Pemurah lg Maha Pengampun:

"Ya Allah, Tuhan kami, sesungguhnya kami memohon kepadaMu keselamatan pd agama dan kesihatan jasad, dan ditambahkan ilmu pengetahuan, dan keberkatan rezeki, dan bertaubat sebelum mati, dan rahmat ketika mati dan keampunan setelah mati. Ya Allah, ringankanlah ke atas kami semasa sakaratulmaut, dan lepaskanlah dari api neraka, dan kemaafan semasa diadakan perhintungan (hisab)."

Amin....

::FN::

Wednesday, July 21, 2010

♥ Ukhuwwah ♥

[ Gambar : Puncak Mount Maunganui ]



Rasullullah S.A.W. pernah bersabda:
"Sesungguhnya dalam kalangan hamba Allah,ada manusia yg bukan para nabi dan bukan pula para syuhada,tetapi para nabi dan syuhada cemburu kpd mereka di Hari Kiamat kelak kerana kedudukan mereka di sisi Allah."


Para sahabat bertanya:
“Wahai Rasulullah,beritahulah kpd kami siapakah mereka itu?”


Rasulullah S.A.W. pun menjawab:
“Merekalah kumpulan manusia yg saling berkasih sayang kerana Allah bukan kerana hubungan keluarga dan bukan pula kerana harta yg saling mereka berikan.Demi Allah,sesungguhnya muka mereka bercahaya dan mereka berada di atas cahaya.Mereka tidak takut apabila manusia berasa takut dan mereka tidak berdukacita apabila manusia lain berdukacita.”






WNF