Thursday, April 28, 2011

Saya dan Encik Iman


Apa khabar 'iman'?
Iman : Assalamualaikum, bos.
Diri : Waalaikumussalam wbt. Lama tak nampak awak. Awak cuti ker?
Iman : Taklah, jabatan kami rasa Tuan tak perlukan kami lagi?
Diri : Laa.. kenapa pulak awak cakap camtu? Pentadbiran diri saya berterabur sekarang bila jabatan awak takde..
Iman : Takdelah, kami lihat banyak pekerja tambahan tuan ambil DVD, SMS danTV.. jadi kami rasa terpinggir..
Diri : Entahlah, waktu cuti sebulan ni saya tak pernah menggaji mereka. Tapi mereka terlalu rajin buat kerja, bekerja tanpa gaji, tapi banyak gak duit saya habis... entah ar...
Iman : Tu sebab, kami rasa Tuan memencilkan kami. Al-Quran, zikir, ma'thurat, solat malam tak boleh bekerja dengan mereka.. kami memang tak boleh bercampur dengan mereka..
Diri : Saya tak pernah minta awak bercuti..
Iman : Bagaimana kami ingin bekerja sedangkan Tuan sudah punya 'pekerja tambahan'? Saya lihat mereka buat Tuan gembira sekali..
Diri : Argh, gembira apanya.. berterabur kerja kat pejabat tu!! Tolonglah, bekerjalah dengan saya kembali.
Iman : Kami sememangnya sudah berkhidmat dengan Tuan sejak Tuan kecil lagi. Tapi, Tuan kadangkala mengabaikan kami. Tuan sediakan makanan untuk bos pekerja tambahan, Encik Dosa, tapi kami..? Tuan tak sediakan makanan. Kebajikan kami tak terjaga...
Diri : Maafkan saya. Kembalilah bekerja dengan saya. Saya janji kebajikan kamu semua saya jaga, Encik Iman.
Iman : Tuan boleh berjanji, tapi CEO kita Allah akan memantau Tuan. Tuan takkan tak takut menabur janji tapi melupakannya?
Diri : Janganlah menyalahkan saya.
Iman : Tuan perlu sedar, kami hanya bekerja di dalam syarikat yang bersih dan amanah.. bukanlah saya nak memandang rendah kepada jabatan baru Encik Dosa, tapi kami tidak suka cara mereka bekerja. Mereka meminggirkan kami.
Diri : Dah awak tak melawan?
Iman : Tuan, bagaimana kami ingin menang? Kami terlalu lemah, sedikit pula tu, kebajikan kami langsung Tuan tak jaga.. sedangkan kami tidak pernah meminta gaji dari Tuan. Cuma kami minta disediakan ruang yang bersih dan amanah untuk kami bekerja. Salahkah kami meminta yang sedikit?
Diri : Mereka kadang-kadang lebih menggembirakan saya.
Iman : Kalau begitu maafkan kami. Tak dapat rasanya kami bekerja untuk Tuan lagi. Tuan perlu memberi kebajikan kepada mereka. Siapalah kami...
Diri : Ehh, jangan.. bekerjalah dengan saya.
Iman : Buanglah pekerja itu.. mereka meminta-minta dari Tuan. Tuan perlu berhabis jutaan ringgit untuk mereka. Sedangkan kami, percuma khidmat kami.
Diri : Aduh, mereka pekerja yang menggembirakan saya. Memang kamu percuma, tapi kamu kadang-kadang bising, ini tak boleh, itu tak boleh.. Saya rimas.
Iman : (Senyum sinis) Maafkan kami tuan.. kami minta diri dulu.. tak perlulah kami berkhidmat dengan Tuan kalau begitu. Kalau tuan perlukan kami, kami sentiasa di sisi. Tuan jangan risau, kami maafkan Tuan..
Diri : Jangan pergi.. saya sanggup pecat Encik Dosa.. dan ahli jawatankuasanya; DVD, majalah yang melalaikan, dan yang sewaktu dengannya.
Iman : Tuan betul-betul sanggup?
Diri : Ya, saya kelam kabut sekarang. Hidup tak tenang dan pengurusan hidup berterabur..
Iman : Alhamdulillah.. Perkhidmatan kami free of charge. Tuan takkan rugi, sebaliknya tuan beruntung besar.. silap hari bulan, CEO kita akan naikkan Tuan ke pangkat yang lebih tinggi.
Diri : Terima kasih =) Panggillah ahli jawatankuasa kamu bekerja semula. Encik Iman, saya akan jaga kebajikan kamu.
Iman : Alhamdulillah. Moga keuntungan Tuan bergada-ganda tahun ini dan seterusnya
Diri : Terima kasih Encik Iman.

Monday, April 25, 2011

Jom belajar dari cicak

      
      
           Mungkin selama ini kita sering mendengar kisah tentang semut,burung dalam mengambil ikhtibar dalam kehidupan. Apa kata kali ini kita belajar sesuatu dari seekor cicak, makhluk ciptaan Allah yang dikurniakan kelebihan kaki yang melekit. 

       Makanan seekor cicak biasanya serangga yang berterbangan seperti lalat,nyamuk.. Sedangkan cicak tidak dikurniakan sayap pon. Tetapi, setiap hari cicak dijamin rezekinya....tidak kebuluran. Kan bagus kalau Allah kurniakan cicak sepasang sayap supaya ia mudah untuk memburu makanan-makanannya. Tetapi Allah mengurniakan mata yang tajam, lidah yang panjang dan kaki yang kuat untuk mencengkam dinding supaya tidak jatuh ketika memburu. 

     Mungkin kita melihat satu kekurangan jika cicak tidak bersayap tetapi jangan lupa yang cicak menggunakan kelebihan lain yang Allah kurniakan padanya. Samalah macam kehidupan kita ini. Manusia seringkali melihat begitu banyak kekurangan yang ada pada diri jika dibandingkan dengan orang lain. Lalu, kekecewaan dan kesedihan sering menghinggapi hati kita. Namun, Allah masih kurniakan kita kelebihan yang lain pada setiap hamba-Nya. 

           Contohnya, seorang pelajar yang kaya mampu untuk menghadiri kelas tambahan untuk menjadi pandai tentang subjek yang dipelajarinya. Namun, ini tidak bermakna yang pelajar miskin tidak mampu untuk menguasai subjek yang sama. Allah masih mengurniakan kelebihan kerajinan buat pelajar miskin supaya dapat  menguasai pelajaran itu. 

        Carilah kelebihan yang Allah sudah kurniakan dalam diri dan gunakanlah ia sebaik mungkin,bukan hanya meratapi kekurangan diri.

Monday, April 18, 2011

Never Say Never


Wahai Tuhan jauh sudah
kaki ini melangkah
lelah aku
hilang tanpa arah
Ya Allah sungguh
rindu hati ini akan sinarMu

Wahai Tuhan aku lemah
hidup hina berlumur dosa dan noda
hapuskanlah padamkanlah
terangilah
jiwa di hitam jalanku
ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya Engkau
Sang Maha Pengampun dosa
Allahu Ghaffar Allahu Ghaffar

Ya Rabbi izinkanku
 kembali kejalanMu
meski mungkin takkan pernah sempurna
aku hambaMu
aku khalifahMu
ampunkanlah aku
terimalah taubatku

Sesungguhnya Engkau
Sang Maha Pengampun dosa
Allahu Ghaffar Allahu Ghaffar
berikanlah aku kesempatan waktu
untuk kembali
kembali kejalanMu
dan mungkin tak layak
sujudku padaMu
dan sungguh tak layak aku
sumber asal 

Sekadar ingatan untuk kita semua. Ampunan Allah swt itu sungguh luas, umpama langit yang tiada penghujung. Jika kita masih ragu ragu untuk bertaubat, khuatir kita MASIH akan melakukan perkara yang sama, ingatlah NEVER SAY NEVER to TAUBAT. Kita tak tau bila kita akan dipanggil menemuiNya, meninggalkan dunia yang hanya sekadar persinggahan sementara. MAHUKAH kita menghadapNya dalam keadaan diri kita diselaputi dosa, sedangkan kita percaya kewujudan neraka jahanam? Kita takut, gerun dengan neraka jahanam tapi apa yang kita lakukan untuk mendapat anugerah syurga  dariNya. Tepuk dada, tanya iman.

Astaghfirullahala'zim. 
Ampunkan dosa-dosa kami Ya Allah.
Jauhi diri kami dari kemaksiatan, kecelakaan dan kejahatan Ya Allah. 
Berikan kami kekuatan untuk istiqamah dan tsabat di jalanMu Ya Allah.
Sesungguhnya, Engkaulah yang maha pengampun lagi maha mengasihani.

Cerita telinga

``Pada zaman dahulu, ada sebuah negara yang diperintah oleh raja dan permaisuri. Pada suatu hari, si permaisuri melahirkan seorang anak. Kedatangan putera raja sangatlah dinantikan oleh pasangan diraja serta rakyat jelata. Namun malangnya putera tersebut tidak mempunyai tubuh normal seperti manusia biasa i.e sang putera hanya mempunyai sebelah telinga sahaja. Sang raja begitu gelisah dan risau melihatkan keadaan putera yang tidak normal seperti bayi yang lain. Maka sang raja memanggil semua menteri-menteri untuk berkumpul untuk mencari penyelesaian kepada masalah puteranya. Takdir Allah seorang daripada menteri mencadangkan agar semua bayi  lelaki yang bakal dilahirkan serta semua lelaki yang ada dalam negara tersebut dipotong sebelah telinganya agar apabila sang putera besar, beliau akan merasa dirinya normal seperti lelaki yang lain. Maka dengan berat hatinya, semua lelaki akur untuk memotong sebelah dari telinga mereka.

Setelah sekelian lama, datanglah seorang lelaki dari negara lain melawat negara tersebut. Apabila pemuda tersebut menjejakkan kaki di negara tersebut, semua rakyat negara itu mentertawakannya kerana dirinya yang "normal" itu dianggap tidak normal oleh rakyat negara tersebut....

"Hahaha..tak normalnya ada 2 telinga..orang lain semuanya 1 telinga sahaja.."

Dia menghadapi saat2 yg sgt sukar berhadapan dengan rakyat di negara itu kerana menganggap dirinya tak normal sedangkan yg normal adalah bertelinga 2 bukannya 1..

The End!

So, boley tangkap x ape kaitan cerita tu dengan kita pada zaman sekarang???

Actually cerita tu nak gambarkan begitulah kehidupan muslim di dunia ini. Sebenarnya orang muslim@orang yang bertelinga dua itulah yang normal actually. Namun disebabkan dia hidup dikalangan orang yang x noramal@bertelinga sebelah, maka dia dikatakan tidak normal lagi..

Xpe2..jangan risau,.ade satu H.R. Muslim  tu bunyinya lebih kurang camni:

"Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah Salawatu Alai Wasalam, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing"

Lagipun syurga tu kan mahal sgt harganya. So orang yang da susah payah utuk meraih keredhaanNya sajalah yang layak mendapatnya...

Jom kita sama jadi orang telinga dua di dunia yang sekejap ni je..(*_*)

Monday, April 11, 2011

3 ikatan Syaitan ketika tidur.

"Siapa yang menunaikan qiyamul lail itu, dia akan terpelihara dari gangguan setan, dan ia akan bangun di pagi hari dalam keadan segar dan bersih jiwanya. Sebaliknya, siapa yang meninggalkan qiyamul lail, ia akan bangun di pagi hari dalam keadan jiwanya dililit kekalutan (kejelekan) dan malas untuk beramal sholeh."

Pernah tak kita terfikir, tiap kali bangun pagi perasaan malas, tidak bersemangat, rasa kacau, sedih and many more perasaan negatif muncul menyebabkan hari-hari kita berlalu dengan kurang baik dan tidak productive. Kenapa ya? Let's read this.




Suatu hari pernah diceritakan kepada Rasulullah S.A.W tentang orang yang tidur semalam suntuk tanpa mengingat untuk sholat, maka beliau menyatakan: “Orang tersebut telah dikencingi setan di kedua telinganya.”(Muttafaqun ‘alaih).
Rasulullah S.A.W juga menceritakan: “Setan mengikat pada tengkuk setiap orang diantara kalian dengan 3 ikatan (simpul) ketika kalian akan tidur. Setiap simpulnya ditiupkanlah bisikannya (kepada orang yang tidur itu): “Bagimu malam yang panjang, tidurlah dengan nyenyak.” Maka apabila (ternyata) ia bangun dan menyebut nama Allah Ta’ala (berdoa), maka terurailah (terlepas) satu simpul. Kemudian apabila ia berwudhu, terurailah satu simpul lagi. Dan kemudian apabila ia sholat, terurailah simpul yang terakhir. Maka ia berpagi hari dalam keadaan segar dan bersih jiwanya. Jika tidak (yakni tidak bangun sholat dan ibadah di malam hari), maka ia berpagi hari dalam keadaan kotor jiwanya dan malas (beramal shalih).” (Muttafaqun ‘alaih)

Monday, March 28, 2011

Sayang Allah pada hambaNya..tidur pun dapat ganjaran pahala??

Tidur merupakan salah satu dari nikmat kurniaan Allah kepada kita. Semasa tidur sebahagian anggota tubuh kita akan dapat berehat, sebahagian dari otak kita juga dapat berehat. Jika manusia tidak dapat tidur, dia akan menjadi separuh gila (diganggu igauan semasa jaga atau hallucination). Oleh itu manusia perlukan tidur biarpun sebentar saja.

Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut Sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadah. Allah hanya akan terima ibadat yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadah yang paling ikhlas.

Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah untuk orang yang amalkan Sunnah sangat besar. Satu Sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga. Di dalam tidur sendiri ada banyak Sunnah.. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi SAW, dia hanya akan dapat kerehatan saja.

Berikut adalah antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur:

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur dalam keadaan kaki anda menghala arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?
Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.

4. Baca 4 Qul (Surah Ikhlas, Surah Al-Kafiruun, Surah Al-Falaq, Surah An-Nas) tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Banyak lagi Sunnah Nabi SAW yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai 'night-cream' sebelum tidur. Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.

Bukan sahaja tidur, malahan makan, mandi, minum semuanya sebagai ibadah dan diberi ganjaran pahala sekiranya kita melakukannya dengan niat kerana Allah Subhanallah Taala. Sayang kan Allah kat kita?? So jom beramal!!!

Saturday, March 26, 2011

10 Pembasuh Dosa & Penawar Hati

Hassan al-Basri r.a. berkata: "Ketika saya berkeliling di jalan-jalan kota Bashrah dan di pasarnya dengan seorang pemuda ahli ibadah, tiba-tiba saya melihat seorang tabib yang sedang duduk di atas kerusi."

Dia dikelilingi oleh laki-laki, perempuan dan anak-anak. Di tangan mereka masing-masing terdapat gelas yang berisi air. Mereka meminta petua dan ubat untuk penyakitnya.

Kemudian, pemuda yang bersamaku maju ke depan tabib, lalu dia berkata:
"Wahai tabib, apakah kamu punya ubat yang mampu membersihkan dosa dan menyembuhkan penyakit hati?"


Kemudian, si tabib itu menjelaskan: "Ambillah sepuluh macam ramuan: 

1. Ambillah akar pohon fakir bersama akar-akar pohon tawaddhu' (kerendahan hati),
2. Campurkanlah padanya tumbuhan taubat,
3.Taruhlah ke dalam bekas keredhaan,
4. Tumbuklah dengan penumbuk qana'ah,
5. Masukkan dalam kuali taqwa,
6. Lalu tuangkanlah padanya air malu,
7. Didihkanlah dengan api mahabbah,
8. Tuangkanlah ke dalam gelas syukur,
9. Kemudian kipaslah dengan kipas harapan,
10. Lalu minum dengan sudu pujian.

Sesungguhnya jika kamu mengerjakan hal itu, maka akan menjadi ubat bagimu dari semua penyakit dan bencana di dunia dan di akhirat." - Dipetik daripada Kitab Nashaihul 'Ibad, Imam Nawawi