Sunday, March 20, 2011

HATI DAN IMAN


Assalamualaikum pembaca blog CERITA <3 CINTA <3;

-miss D terbaca 1 coretan blog yg bg miss D rasa terkesan apbl membacanya.. teruskan membaca utk dikongsi bersama hati, iman dan anda semua- xox0 


Assalamualaikum;

Hari ini saya ingin bertanya pada diri saya dan anda semua satu soalan. Kenapa ya, perkara yang haram itu terasa nikmat dilakukan? Lebih-lebih lagi sekarang. Kalau dulu malu-malu, sekarang mana pergi pakaian malunya?


Coretan ini adalah pandangan peribadi. Saya sekadar ingin berkongsi sebatas ilmu yang saya ada.

Seandainya hati kita terdetik melakukan sesuatu yang salah, cuba bayangkan ianya ibarat kita mencederakan diri kita. 
Sakit atau tidak? Jika sakit, jangan kita lakukan dan jika tidak tahu atau tidak sakit, sila cuba.

Cuba bayangkan pisau yang tajam menghiris kulit secara perlahan. Memisahkan kulit, daging dan deretan lemak menjadi dua. Darah menghambur keluar. 
Sudah pasti kalau kita mencederakan diri sendiri, sudah tentu kita memikirkan dan mempertimbangkan rasa sakit yang paling ringan mahu diberikan. Kita potong perlahan-lahan, hanya hujung pisau sahaja yang kita gunakan, tapi kalau di akhirat nanti, agak-agak Allah ada tanya tidak? "Wahai si pulan, kamu sakit? Sabar ya, sikit lagi hukuman api neraka ini selesai kamu jalani. Aku akan masukkan kamu ke neraka perlahan-lahan."

Sedarlah! Setiap kali kita melakukan maksiat, kita sebenarnya telah mencederakan sesuatu dalam diri kita. Tanpa kita sedar, kita telah mencederakan HATI dan IMAN kita. Astaghfirullah. 

Bayangkan hari-hari:


Kita berburuk sangka dengan manusia lain, kita telah mencederakan HATI dan IMAN kita.

Kita bebas bergaul dengan bukan muhrim, kita telah mencederakan HATI dan IMAN kita.

Kita berkata yang sia-sia dan menyakitkan hati orang lain, kita telah mencederakan HATI dan IMAN kita.

Kita melakukan perkara yang sia-sia, kita telah mencederakan HATI dan IMAN kita.

Ya Allah, seandainya tiap-tiap hari kita mencederakan HATI dan IMAN kita, bilakah pula masanya kita mahu merawatnya?

"Sekali-kali tidak! bahkan apa yang mereka kerjakan itu telah menutupi hati mereka.” (Al-Muthaffifin:14)

Ketahuilah bahawa janji Allah, jika kita baca, tahu dan faham, ianya tidak pernah dusta. Sesungguhnya, janji Allah itu benar. Seperti itu jugalah firman Allah:

"
Dan orang-orang yang mengingkari ayat-ayat Allah dan pertemuan denganNya, mereka berputus asa dari rahmatKu, dan mereka itu akan mendapat azab yang pedih." (Al-Ankabut: 23)

Setiap kali kita melakukan dosa dan maksiat, setiap kali itulah kita mencederakan HATI dan IMAN kita dengan mencacatkan fungsinya sebagai petunjuk diri. Agak-agak apakah kondisi HATI dan IMAN kita sekarang seandainya sudah tiap-tiap hari kita mencederakannya tanpa memberikan sebarang 'rawatan intensif'?Mungkinkah HATI sudah MATI? Mungkinkah IMAN sudah HILANG?

Kesimpulannya, marilah kita sama-sama muhasabah, duduk sebentar dan koreksi HATI dan IMAN kita.

Pesan dari saya, apabila membaca buku, bacalah dengan kritis. Apabila melihat manusia, lihatlah dengan pandangan yang polos dan tidak perlu kritis menilai sebelum mengenalinya.

Semoga Allah memberkati hamba-hambaNya yang tidak lupa mengingatiNya setiap saat hidupnya. Amin.


ulasan dr miss D : ouch, it's hurt when i read this article.. To IMAN, maafkan diri ini kerana kadangkala gagal mengawal HATI. Ya ALLAH, pandulah HATI ini utk mencari redha Mu yg hakiki :D

nantikan kemunculan miss D dlm ulasan2 blog akan dtg yea! 
(miss D x reti tulis blog sendiri, reti comment je :D )  

0 comments: