Friday, October 1, 2010

semangat yang lahir kerana cinta sahabat





Selamat menikmati ISNINInilah SemangaNan INdah
Perindahkan Selasa dengan SELASA, SEtiap LAngkah Syukur Alhamdulillah
Semoga Rabu ini kamu meraih RABU, Redha Allah Berkah Untukmu


Khamis harus KHAMISKukuhkan Akidah Menuju Islam Sejati, Kuatkan Halaju Azam Meraih Indahnya Sukses
Jumaat, ayuhlah JUMAATJalinan Ukhuwah Mempererat Antara Anda dan Teman-teman
Sabtu-ku kerana SABTUSilaturrahim kita Adalah Berkah Terindah Untukku
Ahad ini insyaAllah AHADAllah Hadiahkan Ajakan Dakwah dan Allah Hiburkan Apapun Dukamu


Jalan ini panjang dan berliku, semangat kita kadang naik dan turun, begitu pula iman kita kadang naik dan turun, kerana itulah kita selalu memerlukankan teman seperjalanan yg saling menguatkan di jalan ini.
Seseorang yg berjaya bukan hanya terbatas pada mereka yang kaya, bergelar atau terkenal.  Itu terlalu biasa. Ramai orang boleh melakukannya.



kejayaan seseorang adalah membuatkan orang lain berjaya, membahagiakan orang lain dan bermanfaat bagi orang lain, dengan ikhlas hanya mengharap redha Allah.

Diriwayatkan dari Jabir berkata, 
Rasulullah saw bersabda,"Orang beriman itu bersikap ramah dan tidak ada kebaikan bagi seorang yang tidak bersikap ramah. Dan sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi manusia." (HR. Thabrani dan Daruquthni) 

Dari Ibnu Umar bahawa seorang lelaki mendatangi Nabi saw dan berkata,"Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling diicintai Allah? dan amal apakah yang paling dicintai Allah swt?" Rasulullah saw menjawab,"
Orang yang paling dicintai Allah adalah orang yang paling bermanfaat buat manusia dan amal yang paling dicintai Allah adalah kebahagiaan yang engkau masukkan kedalam diri seorang muslim atau engkau menghilangkan suatu kesulitan atau engkau melunasi hutang atau menghilangkan kelaparan. Dan sesungguhnya aku berjalan bersama seorang saudaraku untuk (menunaikan) suatu kebutuhan lebih aku sukai daripada aku beritikaf di masjid ini—yaitu Masjid Madinah—selama satu bulan. Dan barangsiapa yang menghentikan amarahnya maka Allah akan menutupi kekurangannya dan barangsiapa menahan amarahnya padahal dirinya sanggup untuk melakukannya maka Allah akan memenuhi hatinya dengan harapan pada hari kiamat. Dan barangsiapa yang berjalan bersama saudaranya untuk (menunaikan) suatu keperluan sehingga tertunaikan (keperluan) itu maka Allah akan meneguhkan kakinya pada hari tidak bergemingnya kaki-kaki (hari perhitungan)." (HR. Thabrani)


Oleh itu, marilah kita eratkan hubungan antara kita dan menjadi seseorang yg bermanfaat utk orang lain kerana ia juga merupakan salah satu dr 10 muwasafat muslim. 
Pertolongan, nasihat, hadiah, kata-kata semangat bahkan senyuman manis yg kita anggapkan kecil merupakan hak yg kita perlu tunaikan buat sahabat kita.  Bukankah juga tidak beriman seseorang itu selagi ia tidak mengasihi sahabatnya sepertimana ia mengasihi dirinya? 

Namun, hal ini tidak terhad pada sahabat kita saja tetapi untuk orang lain juga kerana ukhuwah bukan terhad dalam lingkungan sesebuah kumpulan atau rakan terdekat saja tetapi untuk sesama manusia lain juga =)

Wallahualam..peace!


0 comments: