Wednesday, August 11, 2010

::MADRASAH RAMADAN::

Sabda Rasulullah bermaksud: "Telah datang kepadamu bulan Ramadan, penghulu segala bulan. Selamat datanglah kepadanya. Bulan puasa datang dengan pelbagai berkat. Alangkah mulianya tamu yang datang itu." (HR At-Thabrani)

حدثنا ‏ ‏يحيى بن أيوب ‏ ‏وقتيبة ‏ ‏وابن حجر ‏ ‏قالوا حدثنا ‏ ‏إسمعيل وهو ابن جعفر ‏ ‏عن ‏ ‏أبي سهيل ‏ ‏عن ‏ ‏أبيه ‏ ‏عن ‏ ‏أبي هريرة ‏ ‏رضي الله عنه ‏ 
‏أن رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قال ‏ ‏إذا جاء رمضان فتحت أبواب الجنة وغلقت 
أبواب النار ‏ ‏وصفدت ‏ ‏الشياطين

Telah berkata kepada kami (Imam Muslim), Yahya bin Ayyub, Qutaibah dan Ibn Hajar, bahawasanya, telah berkata Ismail (Ibn Ja'far) daripada Abi Sahl daripada ayah beliau, daripada Abu Hurairah r.a., bahawasanya, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Jika datang (bulan) Ramadhan, maka akan terbuka pintu syurga, tertutup pintu neraka dan syaitan-syaitan akan dibelenggu/dirantai
(Hadis riwayat Muslim)

Imam Al-Ghazali berkata mereka yang berpuasa perlu memelihara 6 adab batin:


i) Menahan pandangan terhadap segala perkara tercela dan yang dilarang agama


ii) Daripada perbuatan yang boleh mengganggu hati seperti lalai daripada berzikir dan mengingati Allah



iii) Lidah daripada bercakap kosong, bohong, mencaci maki, menimbulkan permusuhan dan riak



iv) Daripada perkara dilarang kerana setiap yang haram diucapkan, haram pula mendengarnya



v) Seluruh anggota lain daripada melakukan dosa seperti tangan dan kaki. Juga tidak memakan barang yang syubahat ketika berbuka



vi) Makan sewaktu berbuka sekalipun daripada makanan yang halal sehingga kenyang



0 comments: